Terima kasih manusia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Aku bukan kau. Sekian,#

Lain manusia, lain ragam, lain kisah, lain ceritera.
Lain manusia, lain masalah, lain pemikiran, lain solusi pertikaian.

Ada manusia gelar aku pengungkit cerita.
Mengenang memori lama yang patutnya debunya hilang bersama dengan tiupan angin.

Ada manusia gelar aku penyimpan harapan.
Menunggu kasih tidak kesampaian yang kononnya pernah aku lontar jauh tidak kelihatan.

Ada manusia gelar aku budak.
Membuat keputusan berpandukan rasa hati tanpa mengambil peduli kewaran akal fikiran.

Ada manusia gelar aku talam dua muka.
Mempunyai kelakuan berbeza apabila ketemu denga orang yang berbeza. Kau bukan diri kau! katenya.

Gelaran manusia pada aku kadangkala berjaya buat aku menjadi manusia hilang arah tujuan. Seolah lupa jati diri yang akhirnya segala macam jenis pemikiran mula menemani dan bersahabat dengan diri.
Mereka manusia berjaya buat aku berkelakuan seperti apa yang mereka mahu. Merubah segala macam jenis tabiat kebiasaan untuk berdiri sama taraf dengan mereka. Aku? kelemasan seorang diri, terkapai mencari solusi tanpa teman disisi. Teman mana? mereka menjadikan aku malu untuk berhadapan dengan temanku sendiri. Alasan? mudah! Mereka penyebab aku berfikiran aku patut bersendirian. Segala masalah perlu diselesaikan dengan cara tersendiri tanpa perlu menyusah yang lain. Keputusan? Aku jadi pemurung untuk seketika waktu. Segala keyakinan diri hancur lebur dan kini aku merangkak mencarinya semula, mencantum supaya aku mampu untuk meneruskan langkah. Tahniah!

Hai manusia,
Terima kasih untuk setiap gelaran.
Terima kasih untuk setiap ujian.
Aku kini bangkit bersama senyuman.
Terima kasih kerana menjadikan aku kuat tanpa menelan sebarang ubat.

Kau manusia baik hati, tegar menjadikan aku sebegini. Pemberi segala macam rasa untuk aku rasai sebelum aku menutup tirai ini. Jangan mencari setelah aku mampu untuk teruskan hidup tanpa kau disisi. Jangan kembali setelah aku berjaya cantumkan kembali setiap diri yang dulunya hilang sukar dicari. 

Aku bahagia dengan dunia ciptaan sendiri.
Dunia baru yang cukup serba serbi walau indahnya tidak seperti dulu lagi.

Aku senyum dan senyum ini kekal. Titik.

P/s: Ada satu rindu yang perlu aku asidkan ia supaya tidak lagi muncul dalam hati.


~okay, i'm off~

R.I.N.D.U

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Ada masa aku mahu kembali ke zaman itu.#

Lewat ini nama kau selalu muncul dalam celahan memori aku. Betul kisah kau telahpun menjadi kenangan dalam hidup dan telah bertanda nisan. Namun nama kau masih berbekas cantik terukir. 

Masa semakin singkat dan aku tahu aku perlu cepat sebelum satu lagi penyesalan muncul ditengah jalan. Bukan niat untuk merumit keadaan cuma mahu melegakan hati yang resah. Takut diri disoal setelah diri menghuni di alam asing penuh sunyi. 

Aku nak kau tahu satu perkara, ada masa aku mahu kembali ke zaman dulu. Zaman aku masih senang berlegar dengan kau ke sana ke mari. Bercerita itu ini seperti esok tiada lagi. Entah kenapa sekarang keadaan kita tidak seperti dulu. Ya, betullah, puncanya datang dari aku. Aku akui, mohon diri diampuni tapi percayalah, kau sentiasa di hati, doa sentiasa mengiringi mohon dilindungi Ilahi.

Apabila kebiasaan diasingkan, kejanggalan akan menjenguk dan apabila kejanggalan cuba dicampuradukkan, kebiasaan akan muncul dan ianya kekal sebati.

P/s: Ulangtayang kenangan lama. Lagi.

~okay,i'm off~


Secerah matahari.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Garang sweet itu dia.#

Kau tahu? kita tak perlu masa panjang untuk kenal hati budi. Kadangkala, masa yang diluangkan selama beberapa jam itu seperti sudah cukup untuk mengenali seseorang. Salah tafsiran? Memanglah dan itulah manusia! Jangan pernah mimpi untuk punyai teman yang acuannya mengikut citarasa kau sendiri. Sebab itu ada perkataan saling bertoleransi, saling menerima. Manusia tidak sempurna dan saling ketidaksempurnaan itu melengkapkan antara satu sama lain.

Ini kisah insan kenit yang mula bertapak dalam hati aku dan
mengundang rindu untuk terus bertamu.
Insan kenit asalan Sarawak.
Tipu untuk aku katakan yang aku langsung langsung tidak mengenali dia. Tipu untuk aku katakan aku langsung tidak pernah untuk berbicara dengan dia dan punya satu dialog dengan dia. Sungguhpun ianya berlaku dalam waktu yang sangat singkat, ia tetap dinamakan sebuah dialog kan? Cumanya, aku tidak kenal rapat dengan dia. Aku hanya kenal nama, dan rupa tanpa mengenali siapa dia.

Sem lepas menyatukan kami dalam kelas bahasa arab. Sem lepas adalah permulaan untuk kisah kami.
Sem lepas adalah momen indah kerana telah dipertemukan dengan dia, si kenit asalan Sarawak. Dalam waktu yang begitu singkat, banyak cerita telah kami kongsi. 

Betullah dia garang. Betullah dia suka hangin. Betullah dia asyik cakap "tumbuk kang." Betul semua tu tapi kau tahu, dia adalah manusia yang takkan pernah lari bila kau perlukan dia. Dia adalah manusia yang sentiasa pegang tangan kau untuk sama sama bangkit kalau kau jatuh. Dia adalah manusia yang tegar untuk terus berada di sisi kau walau kau suruh dia pergi. Dia pemberi semangat yang terbaik walau nada seperti nak marah orang. Dia yang aku yakin takkan pernah melupakan orang sekeliling melainkan kalau terkena penyakit amnesia lah. 

Seperti si matahari yang berterusan memberi sinar kepada semua, seperti itulah si dia yang sentiasa ada dikala kau buntu nestapa yang pada akhirnya beri kau cahaya harapan. Memanglah si dia ada masa datang sekadar duduk memerhati namun percayalah, dengan adanya dia disisi, kau pasti akan rasa dihargai walau kau punya niat untuk menyakiti. Betullah ada masa si dia tidak datang sebagai penyelesai masalah namun yakinlah, dia mampu untuk menghilangkan resah. 

Masa yang paling mujarab untuk kau mengenali seseorang adalah masa yang telah kau luangkan bersama. Biarpun singkat tapi masa bersama itulah akan kau ingat sampai bila bila dan masa itu yang sering diulangtayang dalam kotak ingatan aku, Noor Farhani Bt Ahmad Iskandar. Kau adalah mentari yang akan terus melebarkan sinar kepada semua orang dan cahaya itu sudah terpancar walau hanya dengan senyum manis kau. Teruskan tersenyum! Teruskan ketawa kerana itu adalah kelebihan kau untuk menceriakan yang lain sepertimana kau telah menceriakan hari hari aku. Terima kasih sebab berterusan beri cahaya walau aku berada dalam lorong gelap dan sempit. Sayang untuk kau kekal hingga syurga, insyaAllah.


P/s: Kelas arab sem ni asyik teringatkan kau!

~okay, i'm off~

Si tegar berganjak.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Untuk semua kenangan, terima kasih. Ia indah walau pedih.#

Ini nota ringkas.
Nota ringkas yang dengan harapan dia membaca walau tidak terkesan.

Hai kamu.
Pertamanya terima kasih kerana hadir dalam dunia kecil aku.
Singgah menginap walau untuk seketika waktu.
Mengajarku pelbagai rasa walau pada akhirnya menjemput galau bertamu.
Keduanya jutaan kemaafan aku hulurkan kerana masih punya kamu dalam hati.
Meletakkan kamu dalam carta atas dalam minda.
Menjadikan nama mainan si mulut untuk terus menuturnya., 
Menjadikan dirimu sumber inspirasi untuk terus menongkah dunia.
Akhirnya aku mendoakan kamu untuk terus bersinar seperti mentari.
Kita mungkin tidak akan pernah untuk bersua lagi namun cukup untuk aku ketahui bahawa kau sudah berjaya mencapai segala hajat di hati.
Untuk hari ini, sekali lagi nama kau menari di papan kunci lalu menjadikan aku perindu kejora di malam hari.
Kamu si kejora yang sentiasa dirindui pemerhati seperti aku. Tampak dekat namun jauhnya hanya Allah yang tahu. Selamatlah kau mengharungi segalanya. Doaku ada untukmu kerana namamu menjadi perhiasan di setiap doaku. Terima kasih untuk semuanya.

P/s: Kenangan yang tidak sepatutnya diulang tayang kembali. Maaf. 

~okay, i'm off~

Bayang malam

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Si dia buat diri tersenyum dalam diam.#

Dulu..
Kami selalu bersama. Dimana ada dia, disitu ada aku. Kami tempat rujukan masing masing.
Kami pemendam rasa. Konon kalau berterus terang, keadaan lebih buruk tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Kami selalu bertegang urat. Teruk pulak tu. Sikit lagi nak tinggalkan kediaman. Nasib baik jodoh panjang.
Salah faham? Saling tak puas hati antara satu sama  lain? Saling terasa? Oh, itu makanan ruji kami. Hidup kami tidak lengkap jika itu semua tidak dihidangkan.
Walau apa pun terjadi, aku masih mahu untuk berteman dengan dia. Masih mahu untuk terus menyayangi dia dan masih mahu untuk mengambil berat apapun yang berkaitan dengan dia. Sebab? Mudah. Dia adalah adik aku. Walau kami bukan seibu dan sebapa, aku anggap dia sebahagian dari hidup aku. 

Sekarang..
Kami jarang bersama. Kami bukan lagi tempat rujukan masing masing. Kalau orang tanya mana dia, aku hanya mampu untuk menggelengkan kepala.
Kami lebih lantang dalam bersuara. Eh? ye ke? Kalau ada perkara yang  terbuku, kami cuba untuk luah secara terbuka. Terasa? Mestilah.
Kami jarang bertegang urat dan  kediaman kami pun sudah agak jauh dari satu sama lain. Rindu pulak momen gaduh gaduh tu. haha.
Sejujurnya, aku rindu. Aku rindu dia. Tipulah kalau aku cakap aku langsung tidak pernah untuk bertemu dengan dia. Cumanya aku jarang untuk berborak lama dengan dia. Berkongsi segala benda. Nangis ketawa bersama. Masing masing sibuk.

Dia yang tersangat berbeza dengan aku, ketara pulak tu! Namun perbezaan ketara itulah yang buatkan aku sayang dia dan masih mahu sayang dia untuk selamanya.
Dia si bayang malam. Kenapa? Dia muncul saat diri tengah kelam. Dia hulur tangan saat diri tengah rabun teruk. Dia berdiri memerhati saat diri tengah mencari. Dalam erti kata lain, dia si pemerhati. Dia suka buat aku tersenyum dalam diam. Suka buat "tadaaaa, surprise!" tanpa suara tapi berjaya buat diri senyum hingga ke telinga.

Seperti si bunga yang kelayuan menunggu saat kematian, si air datang bersama baja memberi sebuah kehidupan. Itu dia bagi aku.

P/s: Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. 

~okay, i'm off~

Si lampu suluh.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Masih adakah peluang untuk aku merasa apa itu peluang kedua?#

Ini cerita pendek untuk aku sampaikan pada si dia yang sentiasa berada dalam ingatan.
Sejujurnya aku rindukan si dia, pemilik si lampu suluh yang kini berada dalam genngaman.

Ini penceritaan ringkas untuk nyatakan pada si dia bahawa aku seperti mahukan dia kembali.
Jika peluang kedua yang aku pinta, adakah si dia beri peluang untuk aku merasa?
Ya, aku tahu, peluang kedua itu seperti membenarkan diri dilukai berulang kali.
Ya Allah, besarnya luka yang telah aku toreh pada hatinya.
Keji! Perangai aku sungguh keji. Sila yang lain jangan pernah mendekati.

Hai si lampu suluh,
Aku si keji mohon diri diampuni.
Ya, aku tahu, kisah manis kita dulu tidak mungkin akan berulang kembali namun cukuplah untuk aku sematkan dalam kotak memori aku bahawa kita sudah ok walau tak sebaik mana.
Tidak mampu rasanya untuk menanggung beratnya bebanan mengenangkan kau yang tidak lagi bersama aku lalui likunya hidup ini.
Penat rasanya untuk aku bunuh segala perasaan sayang aku pada kau yang masih tegar mahu beredar yang akhirnya membanjirkan tempat ini.

Aku kini tidak mampu lagi untuk menjadi bateri yang sentiasa menemani si lampu suluh.
Aku hanya si tali yang mengikat namun sekarang sudah dipotong dan ditinggalkan.
Aku si keji, penoreh si hati minta untuk diampuni kerna aku tahu aku tidak layak untuk menemani lagi.

P/s: Aku sangat perlukan keluarga aku untuk mencari kembali identiti diri.

~okay,i'm off~

Pinjaman Sementara

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Datang dan pergi itu lumrah sampai mati#

Ini catatan ringkas. 
Catatan ringkas untuk aku tujukan pada dia yang pernah menduduki tempat istimewa.

Bermula dengan satu pertanyaan, membuatkan kisah kita berada dalam keadaan yang penuh dengan kecelaruan. Pertanyaan yang sepatutnya tidak aku mulakan dan sekarang, hubungan kita berantakan. 

Satu yang kau perlu tahu teman..
Kau pernah menjadi kessayangan aku.
Kau pernah menjadi yang pertama dalam hidup aku.
Kau tahu? aku pernah mengabaikan apa yang penting dalam hidup aku semata untuk kau.

Aku berusaha untuk berubah dari hari ke hari dengan berpandukan nasihat yang telah kau beri namun sayang kau masih tidak mampu untuk melihat seinci perubahan dalam diri.
Aku berusaha untk mengembalikan kemesraan yang pernah kita kecapi bersama namun sayang itu semua sirna tidak bercahaya.

Ini catatan ringkas untuk aku dedikasikan untuk kau yang pernah menjadi kesayangan.
Sekarang... adakah Yang Maha Esa mahu mengambil semula kau dari hidup aku setelah dia meminjamkan kau pada aku? Jujurnya, aku tidak bersedia. Aku mahu untuk bersama dan tetap bersama namun sayang, aku hanya hamba yang lemah tidak berdaya. 

Maafkan aku. Aku khilaf.

P/s: Sangat sangat memerlukan keluarga di Ipoh sekarang!

~okay, i'm off~

Untuk kau.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Terima kasih.#

Kau yang dulunya disayang,
kini hanya muncul apabila fikiranku mula melayang.
Kau yang dulunya selalu aku kenang,
kini hanya hanya menjadi perhiasan dikala waktu senggang.

Kau yang dulunya selalu menjadi perhatian,
kini hanya menjadi sebahagian daripada ingatan,
kini hanya disimpan menjadi satu kenangan.

Kau pergi bukan bertujuan untuk menyakiti.
namun hati ini telah tersakiti.
Kau pergi dengan cara tersendiri,
cara yang tidak pernah aku sedari akan terjadi.

Terima kasih kerana menjadikan aku seperti ini,
mengejutkan aku dari dunia yang aku reka sendiri,
dunia yang penuh dengan mimpi,
dunia yang kononnya indah berwarna warni.
Terima kasih mengingatkan aku akan kewujudan dunia realiti,
memaksa aku untuk keluar dari dunia fantasi,
dunia yang penuh dengan ilusi.

Terima kasih unuk semua ini.

P/s: Ya Allah, kau permudahkanlah hambaMu dalam usaha pencarian MH370. Amiin.

~okay, i'm off~

Missing you.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#No more sweetest nightingale.#

This is a short entry. 
An entry that have words to say.
Just for you to read in some other day.

Hey you, I miss you.
I miss us. 
I miss those night we spent together. 
Maybe those night won't be the same night we had before  
if I insist to have those nights again with you in some other time.
Sorry for everything I done. 

Hey you, 
yes you.
I miss you. 
I miss us.
I miss our nights.

P/s: Will you be my sweetest nightingale again? 
Yes. Please say yes.

~okay,i'm off~

Kedai buku.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Kedai buku itu telah menjadi tempat tinggalan sejarah.#

Orang kata, tutup buku lama buka buku baru.
Aku cakap, bakar buku lama, beli buku baru.

Semalam, aku ada berjumpa dengan satu kedai buku.
Kedai buku itu pernah menjadi tempat kegemaran aku.
Dalam erti kata lain, kedai buku itu telah menjadi sebahagian daripada hidup aku.
Setiap kali aku mahu pulang ke rumah, langkah aku selalu melencong untuk pergi ke kedai buku itu.
Perasaan aku pula sentiasa berlagu riang.
Senyuman langsung tidak lekang dari pipi sampai naik tegang muka aku asyik senyum.
Aku sentiasa mahu untuk berjumpa dengan tuan punya kedai buku itu.

Hari ini, kedai buku yang aku selalu kunjungi itu tidak lagi menjadi tempat 
kegemaran aku lagi.
Aku tidak lagi berhasrat untuk membeli buku di dalam kedai itu.
Aku tidak lagi mahu untuk berjumpa dengan tuan kedai buku itu.
Aku tidak lagi berminat untuk mencari koleksi baru didalam kedai itu.
Aku perlu untuk mencari kedai buku lain.
Penghabisan cerita, rumah menjadi tempat bersemayam indah aku.
Setiap kali habis segala urusan, aku tidak lagi berniat untuk melencong untuk pergi ke kedai buku itu.

Kedai buku yang selalu aku kunjungi itu telah menjadi tempat tinggalan sejarah.
Tinggalan sejarah yang banyak membawa tragedi sedih.
Tragedi sedih yang tidak hanya datang sekali tetapi berkali kali.
Berkali kali aku cuba untuk pujuk diri bahawa ini ujian dari Ilahi.
Alhamdulillah, si Dia langsung tidak pernah mengalihkan perhatianNya dari aku.
Hasilnya, aku mampu untuk terus bergerak kehadapan walau
sekadar mampu untuk merangkak.

Hai tuan kedai.
Tolong jangan cari aku untuk promosikan buku kau lagi.
Kini aku tidak lagi berkeinginan untuk membeli mahupun untuk
mengunjungi kedai buku kau lagi.
Aku mengaku kedai buku kau simpan banyak memori manis indah.
Sehingga kini aku masih belum temui kedai buku yang hebat seperti kedai buku kau.
Namun coretan kau buat aku terpana, terduduk terdiam. 
Kaku tanpa sebarang suara. 

Seperti mana masa yang tidak akan pernah berhenti sebelum bateri belum mati.
Seperti mana denyutan nadi yang belum tiba masa untuk ditarik oleh Pembantu Ilahi.
Seperti itu aku akan terus berdiri di sini.
Kerana aku tahu aku tidak berseorang diri.

Kedai buku itu tidak lagi aku kunjungi.
Terima kasih untuk semua kenangan yang kau beri.

P/s: New semester. New story. May Allah ease. Bismillahirrahmanirrahim.

~okay,i'm off~

Semalam

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Don't worry if your heart hurts today. Hearts change every day. And He is the turner of hearts. -Yasmin Mogahed- #

Ini Tia. Tia yang akan sentiasa menjadikan senyuman itu teman terbaiknya. Tia yang akan menjadikan senyuman itu sumber kekuatannya untuk berhadapan dengan masalah. Tia yang akan sentiasa tampak gembira tiada duka resah, bebas dari segala gundah. Ini Tia, kisah Tia.

Semalam, awan mendung mula untuk menjenguk dunia Tia.
Tia pergi dengan penuh senyuman namun pulang dengan penuh kesuraman. Satu persoalan yang ditujukan kepada Tia.
"Tia kenapa? Tadi bukan main gembira. Siap menyanyi lagi. Balik balik, muka cemberut macam tu. Nampak sedih."
Namun persoalan hanya tinggal sebagai persoalan tanpa punya apa apa jawapan.

Hari ini, Tia datang  menceritakan segalanya. Cerita Tia ringas. Cerita Tia mudah.
Ceritanya, hati Tia yang dulunya penuh dengan harapan kini berkecai tinggal serpihan. Mudah! dalam erti kata lain, hati Tia dikecewakan lagi. Kali ini adalah untuk penghabisan. Bakar buku lama, beli buku baru. 

Tia ada pesanan.
Awak, terima kasih kerana meletakkan titik noktah dalam semua perkara. Tia pun nak buat benda yang sama. Jadinya, kalau ada apa apa yang dulunya Tia biasa buat tapi sekarang Tia langsung langsung tak buat, maknanya Tia sudah pun meletakkan titik noktah untuk semua itu. 
Awak, terima kasih kerana menjadikan Tia seperti Tia yang sekarang. Tia nampak hikmahnya awak hadir dalam hidup Tia. Alhamdulillah untuk semuanya.
Awak, Tia nak minta maaf sebab Tia rasa Tia takkan mampu untuk memandang awak seperti dulu lagi. Tia hanya mampu menegur sapa dan bukan lagi untuk beramah mesra mahupun tuk berborak lama. Maaf.

Walauapapun yang terjadi, Tia tak sorang. Tia tahu Tia tak sorang. Alhamdulillah semua benda ini datang saat Tia sedang sibuk untuk menguruskan banyak perkara dan apa yang jadi langsung langsung tidak menunjukkan yang Tia sedang bersedih. Tia masih boleh bergurau. Tia masih boleh untuk bergelak ketawa bersama yang lain. Hebat bukan percaturan Allah? Dia datangkan masalah tapi Dia  juga datangkan cara untuk selesaikan masalah. Sungguhpun kita rasa Dia langsung tak bantu kita selesaikan masalah, Dia tahu kita mampu untuk selesaikan masalah tu sendiri. Kalau Allah sendiri yakin kita mampu untuk selesaikan masalah kita, kenapa kita sendiri masih ragu dengan kebolehan kita?  Alhamdulillah untuk semua ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana meletakkan aku dalam situasi ini. Alhamdulillah kerana memudahkan setiap urusanku. Alhamdulillah aku tak sorang tempuh semua ini. Alhamdulillah.

Ini cerita Tia. Ini cerita semalam.

P/s: Result. All the best semua ;)

~okay,i'm off~

New Year

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#"Kenapa awal muharam punya tahun baru tak semeriah sambutan tahun baru"-Anonymous-

Ini karangan pendek.
Karangan yang hanya bertujuan untuk melemparkan pertanyaan yang baru hari ini terdengar. 
Pertanyaan yang bukan asalnya datang dalam pemerhatian sendiri.
Pertanyaan yang orang sekeliling utarakan tidak henti henti.
Pertanyaan yang akhirnya membuatkan diri duduk terdiam dan kepala? Mula pusing memikirkan jawapan terbaik untuk dijadikan hujah. Bukanlah untuk berdebat namun sekadar mengongsi sedikit pengetahuan yang kononnya logik untuk diterima pakai.

Soalannya mudah namun jawapannya mungkin sedikit sukar.
Awal muharam, bulan Islam.
"Kenapa kita tak countdown or buat fireworks masa sambutan Maal hijrah tapi beriya riya kumpul satu tempat untuk buat sambutan tahun baru."
Aku tersentak sebenarnya. Ya lah. Sepanjang aku hidup sehingga ke hari ini, inilah pertama kali aku mendengar orang tanya soalan yang sebegini dan aku? Aku hanya mampu diam sebabnya aku sendiri buntu untuk beri jawapan apa.
"Kalau nak buat sambutan pun, mungkin mereka semua boleh buat selawat beramai ramai ke, sambil sambil tu, boleh dah la buat tazkirah sikit ke, tegakkan balik syiar Islam yang macam goyah tak goyah ni."
Sekali lagi aku tunduk cuba menghadam kembali pertanyaan dan kenyataan.

P/s: All the best examination! 
~okay,i'm off~