Kata putus

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Hujan itu pembawa rahmat kan.#

Minggu ini minggu hujan.
Hujan pula, bukan calang calang punya hujan.
Hujan yang menyebabkan ramai kehilangan barang kesayangan mereka.
Hujan yang tidak semena mena menjadi tajuk bualan setiap orang.
Hujan yang menjadi tatapan khalayak ramai samada di kaca televisyen ataupun kedengaran di corong radio.

Minggu ini minggu hujan.
Hujan yang membasahi tempat aku seolah menyucikan semua yang ada dalam hati aku.
Hujan yang menuruni jatuh ke bumi seolah menarik keluar semua yang telah aku simpan selama ini.
Hujan yang berhari ini menyebabkan diri makin nekad lepaskan segala yang ada pergi.
Hujan yang disertai dengan dentuman guruh dan pancaran kilat menjadikan diri aku menjerit tidak semena mena. Terkejut sana, terkejut sini.

Penghabisan kata, hujan seolah menjadi satu medium untuk permulaan baru.
Seperti terbitnya pelangi setelah hujan.
Seperti itulah aku yang bakal menjadi baru setelah berenang dalam swimming pool yang sangat masin.
Seperti bumi yang segar setelah berhentinya hujan.
Seperti itulah aku yang mahu menjadi manusia setelah lama berada dalam alam zombi.

Pemikiran yang tidak pernah sama.
Pandangan yang dulunya tidak pernah dihiraukan kini menjadi tatapan yang paling indah.
Itu dulu.
Dulu sebelum hujan turun, datang berhari hari seolah memahami diri.
Hujan yang menarik semua keluar dari sisi hingga tiada baki.
Perjuangan perlu diteruskan.
Kisah lama perlu dikuburkan.
Maafkan diri atas setiap kesalahan.
Aku bangkit menongkah dunia bersama hati yang dicantum dengan plaster dan gam.
Jangan risau, aku masih mampu untuk melangkah dengan senyuman yang tidak akan pernah padam.

P/s: Terima kasih untuk yang ada disisi :')

~okay, i'm off~