Rumah baru.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Seandainya aku telah berpindah ke rumah baru, masih adakah yang mahu melawatku?#

Aku manusia. Aku penuh dosa. Hatiku penuh noda. Minda aku sentiasa alpa.
Aku leka dengan keseronokan dunia.
Aku hanyut dengan kemewahan harta
Aku sombong dengan kelebihan yang aku ada.

Ujian datang namun aku tidak mampu untuk menentang.
Aku tak mampu tepis dengan menggunakan kelebihan yang aku sanjung.
Aku kalah sebelum aku siap untuk berperang.

Aku terduduk berseorangan.
Merenung diri, konon cuba membaiki sebuah kehidupan.
Kalau dulu diri aku penuh dengan sikap yakin kini semuanya hancur tanpa tinggal secebis harapan.
Kalau dulu hidup aku bersulam kegembiraan kini hanya mampu ditemani oleh tangisan.

Aku tahu aku tidak sempurna. Diri aku penuh cela.
Aku buat orang sedih, nak mengamuk tak tentu hala.
Aku buat orang maki aku, nak marah sepanjang masa. 
Aku buat orang makin menjauh dan pergi tinggalkan aku konon mampu hidup berkelana.
Aku melopong, putih mata. Haha padan muka.

Rumah baru.
Aku tidak lagi mampu untuk menggerakkan anggota badanku hatta mengerdipkan mata sekalipun.
Aku tidak lagi merasa hangatnya badanku yang dulu sangat aku banggakan.
Aku tidak lagi mampu untuk menggunkan kelebihan yang dulu aku selalu sanjungkan.
Aku tidak lagi mampu untuk berbuat apa apa aku mahukan.

Rumah baru.
Aku kaku.
Muka aku pucat tiada darah.
Badan aku lembik tiada bertulang.
Mulutku bisu tiada bersuara
Cuma mata yang masih melihat, telinga yang mampu mendengar.

Rumah baru.
Aku belum bersiap untuk pindah ke sana.
Aku belum lagi buktikan kata cinta yang pernah aku lafazkan dulu untuk dipersembahkan kepada si Pemegang hati.
Aku belum lagi puas untuk merasai kucupan mesra dan  berada dalam dakapan hangat kedua ibu dan bapa.
Aku belum lagu puas untuk berperang mulut dengan adik.
Aku belum lagi sempat untuk mengucapkan betapa pentingnya kau dalam hidup aku.
Aku belum lagi menturkan kata maaf kepada semua teman aku.

Aku khilaf. Aku insaf. Aku mohon maaf.
Adakah si Pencipta alam semesta ini masih mahu untuk menerima taubatku?
Adakah aku masih berpeluamg untuk melihat jernihnya muka ayah dan ibu?
Adakah aku masih berpeluang untuk menatap nakalnya wajah adikku?
Adakah aku masih mampu untuk memandang manisnya senyum manismu?
Adakah aku masih mampu untuk mencipta kenangan dengan semua temanku?

Rumah baru.
Andai kata Pemegang abadi hatiku menjemput aku untuk berpindah ke rumah baru, aku pohon dengan semua jari yang aku punya di badan untuk memohon berjuta kemaafan dari mereka yang pernah aku sakiti. 
Maaf kerana aku tidak mampu untuk menyampaikan dalam bentuk pertuturan tetapi hanya menggunakan medium penulisan.
Andai kata si DIA yang Esa menyuruh si pembantu setia menarik nyawaku, izinkan aku untuk sekurang kurangnya menatap wajah yang selama ini menjagaku, membesarkan aku dan mereka yang membesar bersama aku.
Andai kata jantung ini tidak mampu lagi untuk berdegup, izinkan degupan jantung ini terhenti saat mulut menuturkan kalimah yang Esa, hati mengakui Dia yang Agung.
Saat aku berpindah ke rumah baru, aku mengharapkan kunjungan doa supaya proses untuk aku kesana selamat dan roh aku sentiasa tenang.
Saat aku berpindah ke rumah baru, aku hanya mahukan secebis ingatan untuk menyedekahkan Al-Fatihah supaya aku bahagia untuk berkelana di sana.

Rumah baru yang kekal abadi. Rumah yang bakal aku duduki. Rumah baru yang bakal jasad aku semadi.

P/s: Bakal berpuasa di rumah :)
~okay,i'm off!


No comments:

Post a Comment