Cahaya Terang

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Apabila hati disimbah cahaya terang, setiap perbuatan akan dilakukan dengan senang.#

"Tutup jelah Tv tu. Nak buat apa tengok kalau tak insaf insaf pun. Kalau ada pun. Sekejap"

"Huh dia tu. Pakai tudung sebab fesyen sekarang kan. Bukan sebab keinginan hati pun. Orang lain pakai tudung, dia sibuk nak pakai tudung. Kalau tak, seksi bukan main! "

Tonton rancangan berunsur keagamaan sedikit, disuruh tukar ke rancangan lain.
Konon tak timbul rasa keinsafan.
Konon menonton hanya sekadar hiburan.
Katanya diri tidak pernah mengambil apapun iktibar dan pengajaran.

Apabila diri berubah kepada si pemakai tudung, katanya berubah untuk fesyen semata.
Bukan memakai demi agama.
Bukan memakai secara sukarela.
Tetapi dituduh memakai kerana mengejar populariti dunia.
Mahu jadi seorang up-to-date katanya.

Apalah salah menonton rancangan berunsur keagamaan?
Walaupun keinsafan mungkin menerjah hati seperti silauan kilat di awanan.
Pernah dengar "Sedikit sedikit tekun, lama lama menjadi bukit?"
Pernah dengar "Sehari selembar benang, lama lama jadi sehelai kain?"
Mungkin keinsafan yang hinggap hanya untuk seketika namun kalau berhari hari menonton dan terus menonton, insyaAllah, keinsafan yang sebesar biji sawi itu mampu untuk dibesarkan.
Jangan dihalang mereka yang menonton, jangan dilarang mereka yang khusyuk mendengar siaran berunsur keagamaan kerana mungkin disetiap perkara tersebut tersembunyi keberkatan, terselit kerahmatan tanpa terlihat di zahir penglihatan dan didengar di deria pendengaran.

Apalah salah memakai tudung mengikut fesyen yang terkini kalau fesyen itu mengikut shariah yang ditetapkan.
Biarlah dia mahu menjadi up-to-date seperti yang lain.
Biarlah dia mahu meniru yang lain untuk berhijab.
Sekurang kurangnya, dia telah menjalankan satu dari kewajipan agama yang diamanahkan pada dia.
Mungkin pada awalnya dia hanya mahu meniru, mengejar populariti dan sebagainya, insyaAllah, lama lama dia pasti akan timbul satu perasaan aneh. Itu hidayah. Alhamdulillah.
Jangan dimarah mereka yang baru nak berjinak untuk menutup aurat secara sempurna.
Jangan dipandang rendah mereka yang baru merangkak untuk menggayakan fesyen muslimah.
Kerana perubahan kearah sesuatu kebaikan memakan tempoh masa yang lama kerana diri perlu menerapkan nilai istiqamah.

"Takpayah nak paksa akulah untuk berubah ke apa. Nak buat sesuatu kena ikhlas!"

Kadang kadang, kebaikan perlu diterap melalui paksaan
Barulah arahan dituruti tanpa sebarang bantahan
lama lama nanti, keikhlasan datang tanpa sebarang paksaan.
Macam budak baru nak belajar solat.
Mula mula diajar, kemudian dirotan dan akhirnya dibuat tanpa sebarang suruhan sebab tahu itu arahan Tuhan yang perlu dibuat tanpa sebarang aduan.

Kadang kadang, kebaikan diserap melalui penulisan.
Memanglah kebaikan itu perlukan pertuturan 
namun adakalanya perkataan yang disusun dalam bentuk penulisan itu lebih tajam dan mendalam berbanding perkataan yang disusun melalui percakapan yang kadangkala penuh dengan pendustaan.


Andai penulisan datang dari hati, insyaAllah, si pembaca akan menerima dengan senang hati sambil tersenyum sendiri.
Andai pertuturan seiring dengan perbuatan yang mengikut Shariah Islamiyah,si pendengar akan bersedia untuk berubah tanpa perlu marah marah.
Apabila hati disimbah cahaya terang, kehidupan pasti akan lebih tenang.

6:125

So whoever Allah wants to guide - He expands his breast to [contain] Islam; and whoever He wants to misguide - He makes his breast tight and constricted as though he were climbing into the sky. Thus does Allah place defilement upon those who do not believe."

P/s: Islam itu mudah, mengapa kita sering menganggap ianya susah?

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment