It's worth to read

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

## Siapa cakap membaca novel melayu tidak punya ilmu didalam yang membantu perkembangan otak manusia? ##

Bangun pagi solat subuh hantar ibu dan adik pergi ke destinasi masing masing dgn pandangan mata yang masih dalam keadaan mengantuk. Biasalah, cuti cuti ni,mengantuk di awal pagi memang perkara wajib untuk ak. Kemudian duduk atas sofa fikir, "apa ak nak buat rini?" jenuh la tawaf satu rumah tapi satu idea pun x keluar. Last sekali, tangan tu rajin mengemas, susun apa patut, basuh apa patut dan sidai apa patut. Tiba tiba kedua mata tertancap pada segunung (xdelah sampai segunung pun) buku novel melayu. Apa lagi, org dah bosan x tahu nak buat apa, tangan tu ringan sajalah amik buku novel untuk tatapan mata. Nama tajuk dia pun agak2 unik untuk ak, cover depan dia lagi lah,sengaja buat hati ak berkobar kobar untuk membaca. Lepas siap semua benda kat rumah nie, ak amikla buku tu nak baca. 

http://faizahyahya.blogspot.com/2012/11/amir-minah-macho_22.html

 Haa, yang dekat atas tulah novel yang ak dah baca. Aku mmg suka karya Ummu Wafa ni. Sebabnya, penyebaran dakwah yang beliau lakukan sangat sangat santai. Bahasa yang digunakan pun tidaklah susah sangat nak faham. Semua peringkat umur boleh baca. Beliau bijak adunkan elemen keislaman dgn dunia masa kini. Yerlah. yang banyak membaca novel nie remaja, so remaja masa kini mahukan sesuatu yang ringan untuk dijadikan bahan bacaan bukan bacaan yang berat yang hanya membebankan kepala. Jadinya, novel ni bukan sahaja menarik dgn adanya karater seperti Amira Batrisya dan Ariel Iskandar tetapi juga sarat dgn ilmu yg pastinya sangat sangat berguna.
Remaja sekarang kan suka novel yang punya elemen cinta yang romantis. Tersengih sorang sorang baca sampai tak hirau perut tu lapar mintak diisi. Jadinya, buku ni sesuailah untuk pembacaan. Bukan sahaja Ummu Wafa nie selitkan percintaan si Amira Batrisya dan Ariel Iskandar tapi beliau jugak menyelitakan cinta terhadap Yang Maha Esa dgn cara yang mudah difahami. Kisah kekeluargaan juga beliau masukkan sekali dgn susun atur yang sangat menarik.

Secara keseluruhannya, novel ini sangat berbaloi untuk dibaca oleh semua lapisan umur. Santai! itu yang mampu ak katakan. Ilmu yang beliau selitkan seiring dgn jalan cerita yang mencuit hati. Pembaca bukan sahaja dapat menghiburkan hati sebab asyik tergelak dan sengih sorang sorang tapi pembaca jugak dapat menimba ilmu dan boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 

~ Kita jatuh sayang pada seseorang itu bukan hanya melihat luaran semata tetapi melihat kepada keindahan dan kecantikan dalamannya.
~ Cinta itu datang daripada  Allah, hargailah.

P/s:  3 hari lagi dan kita bakal lihat samada ak mampu untuk bersenyum atau bersedih.
Ohh, hey, I'm officially 21 //^.^


~okay i'm off~

No comments:

Post a Comment