ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Si dia buat diri tersenyum dalam diam.#
Dulu..
Kami selalu bersama. Dimana ada dia, disitu ada aku. Kami tempat rujukan masing masing.
Kami pemendam rasa. Konon kalau berterus terang, keadaan lebih buruk tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Kami selalu bertegang urat. Teruk pulak tu. Sikit lagi nak tinggalkan kediaman. Nasib baik jodoh panjang.
Salah faham? Saling tak puas hati antara satu sama lain? Saling terasa? Oh, itu makanan ruji kami. Hidup kami tidak lengkap jika itu semua tidak dihidangkan.
Walau apa pun terjadi, aku masih mahu untuk berteman dengan dia. Masih mahu untuk terus menyayangi dia dan masih mahu untuk mengambil berat apapun yang berkaitan dengan dia. Sebab? Mudah. Dia adalah adik aku. Walau kami bukan seibu dan sebapa, aku anggap dia sebahagian dari hidup aku.
Sekarang..
Kami jarang bersama. Kami bukan lagi tempat rujukan masing masing. Kalau orang tanya mana dia, aku hanya mampu untuk menggelengkan kepala.
Kami lebih lantang dalam bersuara. Eh? ye ke? Kalau ada perkara yang terbuku, kami cuba untuk luah secara terbuka. Terasa? Mestilah.
Kami jarang bertegang urat dan kediaman kami pun sudah agak jauh dari satu sama lain. Rindu pulak momen gaduh gaduh tu. haha.
Sejujurnya, aku rindu. Aku rindu dia. Tipulah kalau aku cakap aku langsung tidak pernah untuk bertemu dengan dia. Cumanya aku jarang untuk berborak lama dengan dia. Berkongsi segala benda. Nangis ketawa bersama. Masing masing sibuk.
Dia yang tersangat berbeza dengan aku, ketara pulak tu! Namun perbezaan ketara itulah yang buatkan aku sayang dia dan masih mahu sayang dia untuk selamanya.
Dia si bayang malam. Kenapa? Dia muncul saat diri tengah kelam. Dia hulur tangan saat diri tengah rabun teruk. Dia berdiri memerhati saat diri tengah mencari. Dalam erti kata lain, dia si pemerhati. Dia suka buat aku tersenyum dalam diam. Suka buat "tadaaaa, surprise!" tanpa suara tapi berjaya buat diri senyum hingga ke telinga.
Seperti si bunga yang kelayuan menunggu saat kematian, si air datang bersama baja memberi sebuah kehidupan. Itu dia bagi aku.
P/s: Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.
~okay, i'm off~