Gerak tari

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Kumbang hitam menari nari...mencari bunga idaman hati...jgn risau wahai si hati...sy di sini ttp menanti -Amy-#

Jangan mendekat, takut diri terlekat kerana sememangnya hati ini senang terpikat walaupun kau cuba untuk berkelakuan yang boleh membuatkan orang meluat. Sungguh aku tak kuat menahan rasa yang menyebabkan diri semakin teringat. Si dia yang tidak pernah memunculkan diri, hanya aku yang tersua sua sendiri, mengintai sana sini konon seperti sedang melakukan penyamaran untuk sebuah misi.

Apabila muzik mengeluarkan suaranya, langkah pula menyusuri laluan untuk memeriahkan suasana. Aku terhibur dengan gelagatnya. Si dia yang tenggelam dalam alunan muzik indah. Si dia yang begitu asyik menghayati sebuah lagu seperti sudah menjadi sebahagian dalam dirinya. Ya, si dia yang aku gelar si Kumbang hitam. Si dia yang aku idam. Si dia yang kononya mahu dijadikan teman untuk berkongsi rasa 'sesuatu' yang aku faham.

Dia yang punya kekurangan sendiri tetap menjadi pilihan hati. Biar aku menjadi pelengkap hidupnya agar yang kurang itu dapat ditampung dengan kelebihan yang aku miliki. Biar aku menutup kembali semua cela yang membelenggu diri. Biar aku menjadi pemdamping yang mampu memberinya seri. Biar aku menjadi telinga untuk setiap alunan muzik yang si dia sampaikan walaupun kedengaran sumbang. Biar aku menjadi mata untuk setiap gelagatnya walaupun kelihatan seperti orang yang tidak cukup akal.
Aku tahu aku juga tidak sempurna sehingga beriya mahu menutup setiap cela si dia namun aku harap aku mampu menjadi yang terbaik untuknya.

Sepasang tangan yang pantas mengalunkan muzik mengikut rentak sendiri diiringi dengan senyum manisnya membuatkan aku tersenyum sendiri. Mata yang sepatutnya merenung dan menghafal setiap not lagu yang bakal aku mainkan bersama ahli yang lain teralih untuk menatap setiap ragamnya. Konon mahu menilai dia jenis yang macam mana.

Lagu terhenti. Babak lain menanti. Aku masih begini. Memandang si dia yang begitu asyik merenung not sambil mulut terkumat kamit mengingati rentak sendiri. Dia menari! Tarian tanpa langkah. Tarian tanpa bunga yang digubah.Tarian yang hanya menggunakan badan dan senyum manis yang bisa buat si hati gundah. Gelagatnya mencuit hati, buat bibir tersengih, senyum tak sudah sudah.

Si kumbang yang menari. Si kumbang yang terbang bebas kesana dan kemari. Sudikah engkau menjelmakan diri dihadapan aku buat ketika ini? Sudikah engkau menjadi seperti yang selalu aku angankan selama ini? Sudikah engkau memberi aku peluang untuk menyempurnakan ketidaksempurnakan dirimu dgn kelebihan yang aku miliki dan meminta dirimu menutup setiap kelemahan aku dengan kelebihanmu?

Sekejap! Mungkin permintaanku tidak berasas. Mungkin permintaanku sudah melampaui batas. Maaf namun satu keinginan aku, jadi kawan aku please.. haha. Ok ini sangat klise :p

P/s: Penantian tiada akhir menyakitkan.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment