R.I.N.D.U

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Ada masa aku mahu kembali ke zaman itu.#

Lewat ini nama kau selalu muncul dalam celahan memori aku. Betul kisah kau telahpun menjadi kenangan dalam hidup dan telah bertanda nisan. Namun nama kau masih berbekas cantik terukir. 

Masa semakin singkat dan aku tahu aku perlu cepat sebelum satu lagi penyesalan muncul ditengah jalan. Bukan niat untuk merumit keadaan cuma mahu melegakan hati yang resah. Takut diri disoal setelah diri menghuni di alam asing penuh sunyi. 

Aku nak kau tahu satu perkara, ada masa aku mahu kembali ke zaman dulu. Zaman aku masih senang berlegar dengan kau ke sana ke mari. Bercerita itu ini seperti esok tiada lagi. Entah kenapa sekarang keadaan kita tidak seperti dulu. Ya, betullah, puncanya datang dari aku. Aku akui, mohon diri diampuni tapi percayalah, kau sentiasa di hati, doa sentiasa mengiringi mohon dilindungi Ilahi.

Apabila kebiasaan diasingkan, kejanggalan akan menjenguk dan apabila kejanggalan cuba dicampuradukkan, kebiasaan akan muncul dan ianya kekal sebati.

P/s: Ulangtayang kenangan lama. Lagi.

~okay,i'm off~


Secerah matahari.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Garang sweet itu dia.#

Kau tahu? kita tak perlu masa panjang untuk kenal hati budi. Kadangkala, masa yang diluangkan selama beberapa jam itu seperti sudah cukup untuk mengenali seseorang. Salah tafsiran? Memanglah dan itulah manusia! Jangan pernah mimpi untuk punyai teman yang acuannya mengikut citarasa kau sendiri. Sebab itu ada perkataan saling bertoleransi, saling menerima. Manusia tidak sempurna dan saling ketidaksempurnaan itu melengkapkan antara satu sama lain.

Ini kisah insan kenit yang mula bertapak dalam hati aku dan
mengundang rindu untuk terus bertamu.
Insan kenit asalan Sarawak.
Tipu untuk aku katakan yang aku langsung langsung tidak mengenali dia. Tipu untuk aku katakan aku langsung tidak pernah untuk berbicara dengan dia dan punya satu dialog dengan dia. Sungguhpun ianya berlaku dalam waktu yang sangat singkat, ia tetap dinamakan sebuah dialog kan? Cumanya, aku tidak kenal rapat dengan dia. Aku hanya kenal nama, dan rupa tanpa mengenali siapa dia.

Sem lepas menyatukan kami dalam kelas bahasa arab. Sem lepas adalah permulaan untuk kisah kami.
Sem lepas adalah momen indah kerana telah dipertemukan dengan dia, si kenit asalan Sarawak. Dalam waktu yang begitu singkat, banyak cerita telah kami kongsi. 

Betullah dia garang. Betullah dia suka hangin. Betullah dia asyik cakap "tumbuk kang." Betul semua tu tapi kau tahu, dia adalah manusia yang takkan pernah lari bila kau perlukan dia. Dia adalah manusia yang sentiasa pegang tangan kau untuk sama sama bangkit kalau kau jatuh. Dia adalah manusia yang tegar untuk terus berada di sisi kau walau kau suruh dia pergi. Dia pemberi semangat yang terbaik walau nada seperti nak marah orang. Dia yang aku yakin takkan pernah melupakan orang sekeliling melainkan kalau terkena penyakit amnesia lah. 

Seperti si matahari yang berterusan memberi sinar kepada semua, seperti itulah si dia yang sentiasa ada dikala kau buntu nestapa yang pada akhirnya beri kau cahaya harapan. Memanglah si dia ada masa datang sekadar duduk memerhati namun percayalah, dengan adanya dia disisi, kau pasti akan rasa dihargai walau kau punya niat untuk menyakiti. Betullah ada masa si dia tidak datang sebagai penyelesai masalah namun yakinlah, dia mampu untuk menghilangkan resah. 

Masa yang paling mujarab untuk kau mengenali seseorang adalah masa yang telah kau luangkan bersama. Biarpun singkat tapi masa bersama itulah akan kau ingat sampai bila bila dan masa itu yang sering diulangtayang dalam kotak ingatan aku, Noor Farhani Bt Ahmad Iskandar. Kau adalah mentari yang akan terus melebarkan sinar kepada semua orang dan cahaya itu sudah terpancar walau hanya dengan senyum manis kau. Teruskan tersenyum! Teruskan ketawa kerana itu adalah kelebihan kau untuk menceriakan yang lain sepertimana kau telah menceriakan hari hari aku. Terima kasih sebab berterusan beri cahaya walau aku berada dalam lorong gelap dan sempit. Sayang untuk kau kekal hingga syurga, insyaAllah.


P/s: Kelas arab sem ni asyik teringatkan kau!

~okay, i'm off~