ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Don't worry if your heart hurts today. Hearts change every day. And He is the turner of hearts. -Yasmin Mogahed- #
Ini Tia. Tia yang akan sentiasa menjadikan senyuman itu teman terbaiknya. Tia yang akan menjadikan senyuman itu sumber kekuatannya untuk berhadapan dengan masalah. Tia yang akan sentiasa tampak gembira tiada duka resah, bebas dari segala gundah. Ini Tia, kisah Tia.
Semalam, awan mendung mula untuk menjenguk dunia Tia.
Tia pergi dengan penuh senyuman namun pulang dengan penuh kesuraman. Satu persoalan yang ditujukan kepada Tia.
"Tia kenapa? Tadi bukan main gembira. Siap menyanyi lagi. Balik balik, muka cemberut macam tu. Nampak sedih."
Namun persoalan hanya tinggal sebagai persoalan tanpa punya apa apa jawapan.
Hari ini, Tia datang menceritakan segalanya. Cerita Tia ringas. Cerita Tia mudah.
Ceritanya, hati Tia yang dulunya penuh dengan harapan kini berkecai tinggal serpihan. Mudah! dalam erti kata lain, hati Tia dikecewakan lagi. Kali ini adalah untuk penghabisan. Bakar buku lama, beli buku baru.
Tia ada pesanan.
Awak, terima kasih kerana meletakkan titik noktah dalam semua perkara. Tia pun nak buat benda yang sama. Jadinya, kalau ada apa apa yang dulunya Tia biasa buat tapi sekarang Tia langsung langsung tak buat, maknanya Tia sudah pun meletakkan titik noktah untuk semua itu.
Awak, terima kasih kerana menjadikan Tia seperti Tia yang sekarang. Tia nampak hikmahnya awak hadir dalam hidup Tia. Alhamdulillah untuk semuanya.
Awak, Tia nak minta maaf sebab Tia rasa Tia takkan mampu untuk memandang awak seperti dulu lagi. Tia hanya mampu menegur sapa dan bukan lagi untuk beramah mesra mahupun tuk berborak lama. Maaf.
Walauapapun yang terjadi, Tia tak sorang. Tia tahu Tia tak sorang. Alhamdulillah semua benda ini datang saat Tia sedang sibuk untuk menguruskan banyak perkara dan apa yang jadi langsung langsung tidak menunjukkan yang Tia sedang bersedih. Tia masih boleh bergurau. Tia masih boleh untuk bergelak ketawa bersama yang lain. Hebat bukan percaturan Allah? Dia datangkan masalah tapi Dia juga datangkan cara untuk selesaikan masalah. Sungguhpun kita rasa Dia langsung tak bantu kita selesaikan masalah, Dia tahu kita mampu untuk selesaikan masalah tu sendiri. Kalau Allah sendiri yakin kita mampu untuk selesaikan masalah kita, kenapa kita sendiri masih ragu dengan kebolehan kita? Alhamdulillah untuk semua ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana meletakkan aku dalam situasi ini. Alhamdulillah kerana memudahkan setiap urusanku. Alhamdulillah aku tak sorang tempuh semua ini. Alhamdulillah.
Ini cerita Tia. Ini cerita semalam.
P/s: Result. All the best semua ;)
~okay,i'm off~