sincerely,Me

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

## Don't bring the past to this current situation. Let bygone be bygone.##

Awak, 
Permasalahan yang ada itu bukan untuk membebankan hambaNya. Bukan sebab Yang Maha Esa benci pada hambaNya tetapi adalah sebagai satu terapi diri yang mampu untuk menjadikan diri kita seperti bayi yang baru lahir daripada perut ibunya. Kerana apabila kita ditimpa masalah, kita akan kembali mengharap bantuan DIA, tadah tangan, tangis teresak, terasa keinsafan diri mula meresapi hati dan akhirnya memperbetulkan kesilapan sendiri.

Awak, 
Berat atau tidak masalah itu bergantung kepada cara kita merespon kepada permasalahan itu. Andai rumit jalan penyelesaian yang kita pilih, maka sulit jugalah permasalahan yang kita lalui. Allah sayang hambaNya, sebab itu masalah dan ujian itu datang pada kita. Mahu setiap hambaNya kembali mengharap bantuan dariNya, mengakui segala kelemahan diri dan memperbetulkan apa yang salah supaya manusia mampu untuk   terus bangkit dan berjuang. Supaya manusia mampu untk menilai dunia dari sudut yang berbeza.

Awak, 
Jangan sesekali lemah apabila diri ditimpa masalah dan ujian. Setiap yang mendatang itu pasti ada hikmah dan rahsia indah disebaliknya yang hanya diketahui oleh Pencipta alam semesta. Jangan pernah jemu untuk meminta, merayu dan merintih dan  meluahkan segala yang terbuku dihati kepadaNya. Percayalah DIA tidak pernah jemu untuk mendengar segala rintihan kita.

Awak, 
Andai kita tidak memiliki apa yang kita harapkan dalam hidup ini, tolong jangan mudah berputus asa. Mungkin ini bukan masanya untuk kita merasa senang atau mungkin ada bahana yang menanti kalau kita dapat apa yang kita idam buat masa sekarang, mungkin juga si Pemilik hati rindu dengan rintihan kita. Sabar dan sabar! Akan ada sesuatu yang hebat menantimu pada masa akan datang. DIA mahu mempersiapkan diri kita untuk menerima sesuatu yang hebat itu, sebab itu kita ditimpa dgn ujian dan masalah. 

Awak, 
Apa pun yang berlaku, kembalilah pada Yang Esa. Sesungguhnya DIA sentiasa memerhatikanmu dan tidak pernah meninggalkanmu,setia berada disisimu dalam setiap keadaan dan situasi yang kamu lalui. Jangan merendahkan diri sendiri kalau kita gagal meraih kejayaan dan jangan terlampau berbangga kalau kita berada di atas. Ingatlah berada di puncak atau hanya bertapak di atas tanah itu ada ujian yang tersendiri. Jangan berbangga jangan berduka. Semuanya pasti punya peluang untuk menerima kebahagiaan setelah menempuhi kesedihan. 

~ Terus maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang. Kalau masih berdegil, tolehlah dan kutip segala kesilapan untuk dibetulkan pada masa akan datang.
~ Kepada adik adik yang kurang berjaya dalam SPM jangan risau, masih ada kejayaan lain yang masih mampu untuk adik kecapi, tolong jangan pernah untuk berputus asa! dan pada mereka yang berjaya, Alhamdulillah dan tahniah. Nikmatilah hari bahagia anda. (=

fullmoonsky.deviantart.com

P/s: Alhamdulillah, kehadiran teman disisi, mengusir duka dalam sanubari.
Keindahan ciptaan Ilahi mengundang diri untuk terus menghambakan diri kepada si Pemilik hati.

~okay,i'm off~

Titik Noktah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

## Noktah, tanda pengakhiran.##
quotesearching.com
Duduk bilik sorang sorang, mulalah pemikiran tu melayang layang. Menerawang entah ke mana padahal jasad masih berada di tempat yang sama. Melihat sekeliling, hati mulalah berbolak balik memikirkan sesuatu, membuat suatu keputusan, padahal tiada apa yang rumit untuk dibincangkan. Perasaan menjadi tunggang terbalik, mood pulak entah ke mana menghilang. Diri mengakui banyak kesalahan yang sudah dilakukan, barulah terhegeh hegeh mintak ampun dari Tuhan, Allah yang satu.

Kalau dulu kita bodoh, sering ditipu dan diperguna, kini kita bijak dalam menangani setiap masalah yang menimpa walau adakalanya kita berkemungkinan untuk mengulangi kebodohan sama yang telah dilakukan suatu ketika dahulu. Jangan gusar, membetulkan kebodohan dahulu berulang kali bukan bermakna kita bengap dalam menangani permasalahan yang timbul tetapi kita masih belum menemui jalan keluar yang sesuai. Kita tidak gagal kalau diri masih berusaha untuk memperbetulkan apa yang salah.

Kalau dulu diri penuh dengan noda, kini kembali ke pangkal jalan. Hati disimbah dengan cahaya keimanan. Diri penuh dengan keinsafan. Alhamdulillah, perangai yang buruk kini bertukar cantik. Ibu cakap, biar rupa buruk asal perangai tu cantik. Ustaz cakap, sifat dan akhlak yang ada kat dalam tu mencerminkan siapa kita. Jadinya, Percantikkan yang dalam, perkemaskan yang luar. Barulah  Daebak!

Jangan mengalah kalau selalu kalah untuk berubah. Perubahan memerlukan jangka masa yang panjang. Sangat tidak berguna kalau berubah secara drastik tapi tidak mampu untuk mengekalkan perubahan itu.Biar berubah secara perlahan asal ianya berkekalan. Biasalah kalau dah berubah tu, orang sekeliling akan boo sana, wek sini. Apa yang penting, azam tu mesti kuat, pendirian tu kena teguh. Barulah boleh nyayi lagu wonderpet tu! #eh

Tiada istilah noktah dalam hidup. Asal diri masih punya semangat untuk melakukan perubahan demi perubahan, memperbaiki setiap kelemahan pasti hidup peroleh kemenangan. Noktah itu tidak akan datang kalau kita tidak menjemputnya. Memang pengakhiran si hidup adalah kematian, tetapi itu bukan titik noktah. Setiap manusia bakal dibangkitkan kembali dan berkumpul semula kan.. Yang menjadi titik noktahnya disini ialah pintu taubat. Itu yang noktahnya, itu yang akhirnya. Berbuatlah amal kebajikan sementara masa masih ada.

~Andai diri punya kesalahan pada kalian, maafkanlah diri ini. Pasti akan mencari jalan untuk perbetulkan mana yang salah.
~Berjaya atau tidak, itu adalah pilihan bukan takdir.
~Kalau ada salah dengan apa yang tertulis kat atas tu, maaf.

P/s: Have to make an effort to end my English novel's reading.

~okay,i'm off~