ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Kata sudah diputuskan, kau kini aku lepaskan.#
Hari hari online fb konon mahu mengetahui adakah si kumbang hitam yang aku idam sudah membalas mesej yang telah aku tinggalkan untuknya namun jawapan yang aku terima tersangatlah mendukacitakan.
Hari hari aku online fb konon mahu melihat apakah status terkini si kumbang hitam yang aku igau tiap malam post kan namun apa yang berlaku adalah melihatnya membalas komen yang lain. Si dia update status baru, tag sana sini tapi mesej yang aku tinggalkan masih ditinggal sepi. Aku sedih sendiri. Duduk seorang diri, bertanya kepada sang hati mengapa jadi begini. Aku cuba beranikan diri bertanya kepada si empunya diri mengapa pesanan aku ditinggal sepi. Namun jawapan yang aku terima amat memilukan hati.
Hai si kumbang hitam, terima kasih kerana meletakkan tanda noktah untuk anganan yang aku bina pada tiap malam.
Hai si kumbang yang dulunya aku idam, jurang yang telah kau ciptakan antara kita membuatkan aku terduduk terdiam.
Sedarlah aku bahawa antara kita tidak mungkin ada sebarang perhubungan walau hanya sebuah persahabatan. Aku tergelak kesorangan, merenung setiap kebodohan. Konon si dia seperti yang aku bayangkan. Kini aku menyedari, tidak semua yang aku bayangkan bakal menjadi kenyataan. Ini dunia nyata, bukan khayalan yang penuh dengan impian yang tidak berkesudahan konon mampu untuk direalisasikan.
Aku pasrah. Aku sudah kalah. Aku hanya mampu untuk memanjatkan doa supaya si dia berada di bawah lindungan Allah. Aku hanya mampu memohon dari Yang Esa supaya si dia sentiasa hidup dengan penuh rahmah dan barakah. Alhamdulillah, pencarian yang aku jalankan selama ini sudah temu titik noktah. Terima kasih kerana mengejutkan aku dari lena yang kononnya indah. Aku akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang yang penuh dengan kisah sedih.
Terima kasih kerana menamatkan segalanya.
Terima kasih kerana menjadikan aku lebih berani untuk melangkah kehadapan yang penuh dengan cabaran.

P/s: Mohon akan ada lagi hidangan daging arnab selepas ini. Hee ;)
~okay,i'm off~
No comments:
Post a Comment