Kumbang hitam

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Saat tangan itu memainkan muzik mengikut not tersendiri, aku tenggelam sambil tersenyum sendiri.#

Kalau ada penyanyi yang mendendangkan lagu
"Dari kerana mata yang mempunya kuasa, oh, aku tergoda, aku tergoda terkecewa."
 Aku pula menyanyikan lagu
"Dari kerana muzik itu, aku terpaku bersama senyuman yang hanya diketahui aku."

Aku tahu tahu rentak nyanyian Dari Kerana Mata tidak sama dan tidak akan pernah sama dengan rentak nyanyian Dari Kerana Muzik aku. Ini lirik aku, nyanyian tanpa rentak yang dimainkan dalam hati apabila pemilik sepasang tangan itu mengalunkan muzik mengikut not yang tersedia dihadapan mata.

Aku sudah lama mengetahui gerangan  si pemilik tangan itu. Aku mungkin tidak kenal jenis alat apakah yang dimainkan namun saat dia menglaunkan muziknya, aku seperti terpaku. Mata aku hanya padanya. Telinga aku hanya pada suara yang keluar dari alatan muziknya walau dipayungi oleh suara yang lain yang tentunya menghidupkan suasana supaya menjadi indah dan harmoni.

Kalau dulu, aku hanya memandang sekilas, kini aku mampu untuk merenungnya dari jauh. 
Kalau dulu aku seperti perlu pergi ke sesuatu tempat untuk bersua mata dengannya,  kini aku mampu untuk melihatnya secara dekat. Tiada lagi pandangan sekilas tiada lagi renungan jauh. Aku sudah mampu untuk berbalas senyum dengannya, aku sudah mampu untuk mendengar alunan suara dari alatan muzik yang dimainkannya dengan lebih dekat, aku mampu untuk menghayati lagu yang cuba dimainkan walaupun aku seperti tidak mengetahui jenis lagu apakah yang cuba si dia sampaikan bersama kumpulannya.

Benar rasa 'sesuatu' itu muncul apabila mata bertentang mata. Rasa itu juga adakalanya  menjelma saat si dia mula bersuara Ada masa, rasa itu hadir apabila kita sudah lama berada disampingnya. Namun aku, rasa itu tiba apabila muzik itu keluar dari alatan yang si dia mainkan. Rasa yang bukan sahaja ada pada muzik,tapi juga untuk si pemuzik itu. 

Pada saat pertama aku melihat si dia memainkan muzik alatannya, hati mula meronta untuk mengetahui siapakah gerangan si dia. Pulang ke bilik, heboh pada kakak yang setia mendengar keluhan dan kegembiraan si adik. Aku teruja menceritakan dan menjelaskan situasi yang telah aku lalui beberapa minit yang lalu seperti mahu mereka tahu apa yang telah aku lalui sehingga aku melonjak keriangan sebegitu rupa. Aneh bukan? Aku hanya pernah si dia bermain sekali sahaja Itupun bukanlah dalam waktu yang lama dan kemudiannya aku sudah tidak ketemu lagi dengannya dan kini aku boleh untuk bermain bersama dengannya di bawah satu bumbung walaupun alat yang kami mainkan adalah alatan yang berbeza yang mengeluarkan bunyi yang berlainan. 

Aku mengharapkan akan ada sesuatu yang berlaku antara aku dan si dia. Mungkin aku tidak boleh memiliki hati dan rasa 'sesuatu' yang aku alami tidaklah sekuat sehingga aku perlu untuk terus bergerak ke arah satu perhubungan yang serius. Aku hanya mahukan si dia mengenali aku, nama aku, siapa aku walau bukan secara detail dan boleh menjadi insan yang bergelar kawan. Itu sudah cukup untuk aku daripada terus hanyut melayan sebuah angan yang aku tahu mungkin tidak akan pernah menjadi realiti dalam hidup.

P/s: Moga penat training  ini berbaloi untuk malam kebudayaan nanti :)

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment