Kurungan pink

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Jangan kata tidak kalau tidak mahu suka.#

Hidup itu adil. Ada masa naik sehingga berada di puncak, ada masa turun, jatuh merudum. Ada masa kita suka sayang, ada masa suka sayang menebal menjadi benci teramat. Ini aku. Kata kata yang telah memakan diri. 

Ini cerita sambungan si Kumbang hitam. 
Si Kumbang hitam yang diminati dalam diam. Dia langsung tidak menepati kriteria yang aku idam malah dia sememangnya hidup di kawasan yang langsung tidak pernah berada dalam senarai kesukaan aku. Aku yang kononnya tidak mahu orang yang berada di sesuatu tempat yang spesifik kini menjadi orang yang ditatap dalam jarak dekat, bermain bersama di bawah satu bumbung. Aku langsung tidak menjangkakan hal ini akan berlaku.

Aku tahu, ramai yang menasihati aku supaya jangan terlampau tidak suka pada sesuatu perkara, kelak diri akan menyukai dan menyayangi sesuatu itu namun aku degil. Aku tetap tak suka. Aku tetap dengan prinsip aku dengan menyenaraikan apa yang aku tidak suka dan kononnya bakal menjaga hati supaya tidak jatuh kepada perkara yang aku tidak suka itu. Namun akhirnya aku gagal. 

Konon tak mahu yang begitu dan begini namun yang begitu dan begini jugaklah yang berjaya mencuri hati, yang begitu dan beginilah yang aku igau tiap malam, yang begitu dan begini lah yang buatkan aku tersenyum keseorangan. Kumbang hitam yang tidak pernah menepati kriteria itu juga yang menjadi pilihan hati. Ini lah aku, seorang yang telah dimakan oleh kata katanya sendiri.

Sungguhpun aku mendamba si Kumbang hitam yang tiada dalam senarai aku, aku seperti masih tetap dengan pendirian aku. Tidak menyukai begitu dan begini  apabila melihat yang lain selain si Kumbang hitam. Aku sepatutnya ambil iktibar kan. Bukan sahaja kes si Kumbang hitam, banyak lagi perkara yang tiada dalam senarai aku telah menjadi sesuatu yang aku sayangi.

Aku si kurungan pink yang mendamba si Kumbang hitam. Si kumbang yang begitu asyik mengalunkan muzik mengikut rentak tersendiri. Si kumbang yang dulunya hanya mampu dipandang sekilas, si kumbang yang dulunya direnung dari jarak jauh, si kumbang yang hanya boleh dilihat secara curi curi, si kumbang yang langsung tidak menepati kehendak aku kini menjadi tatapan jarak dekat aku, kini menjadi kesayangan aku. Kini aku mampu untuk mendengar alunan muziknya secara dekat, aku mampu untuk menghayati lagu yang cuba si dia sampaikan, kini aku mampu untuk bersama sama memainkan muzik mengikut rentak kami sendiri walaupun suara yang dikeluarkan ketara bezanya. 

Aku si kurungan pink mengharapkan perhubungan dengan si Kumbang hitam makin erat walaupun bukan berada di dalam satu perhubungan yang berkongsi rasa 'sesuatu'. Hey, aku berjaya mendapatkan apa yang aku mahu cumanya aku belum mampu untuk menzahirkannya melalui kata kata dengannya. Aku belum mampu untuk berbual dengannya. Aku hanya mampu untuk menegurnya di alam maya. Alhamdulillah. Itu sudah cukup untuk aku. Aku tidak mahu balasan yang lebih, menyimpan harapan yang menggunung tinggi kelak diri jatuh susah untuk berdiri kembali.

P/s: Jadual belajar yang sudah diubah.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment