Mencari si hilang

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Tanda noktah diletakkan. Sejak itu kau tiada kelihatan.#

Tembakan dilepaskan. Larian dimulakan. Garisan penamat menjadi sasaran. Kemenangan diidamkan. Pemenang diumumkan. Pertandingan ditamatkan. Aku menanti peserta larian itu dengan penuh kesabaran. Tidak sudah lagikah pekerjaanya? Tidak selesai lagikah urusannya? Aku menanti dan terus menanti tanpa menyedari masa berlalu pergi hingga tiada orang disisi. Aku masih sendiri. Berdiri di sini. Mengharap dia datang kembali.

Pertandingan sudah melabuhkan tirai. Larian sudah lama selesai namun bayangnya masih tidak kelihatan lagi. Aku buat kerja sendiri. Aku cuba untuk menyibukkan diri. Aku sedaya upaya mengalihkan perhatian supaya aku tidak rasa ternanti nanti. Namun dia yang dinanti tidak jua menjelmakan diri. Aku pasrah sambil mengatur langkah untuk berlalu pergi. Pergi mencari kekuatan diri. Pergi untuk mengubati si hati.

Aku lelah namun aku tidak mahu untuk terus mengalah biarpun aku dianggap kalah. Aku kembali mempercepatkan langkah menuju destinasi yang masih belum aku terjah. Aku perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Aku perlu siap untuk menelan pahitnya sebuah kenyataan. Aku perlu menyediakan penawar untuk merawat hati yang sedang rawan. Aku perlu kuat tanpa perlu ada sebarang tangisan. Konon mahu ketemu dengannya untuk meluahkan perasaan. Ini bukan sandiwara murahan. Ini juga bukan satu permainan. Ini satu penyataan yang padaku tiada keraguan.  Mungkin tampak tiruan pada mata yang lain namun aku tetap menyimpan sebagai koleksi kenangan indah tiada tandingan.

Si kumbang yang jauh di mata, kapankah kita akan bersua?
Hai si kumbang, aku tahu kau ada. Aku tahu kau melihat. Aku tahu kau bijak membaca. Aku tahu kau pintar dalam menterjemah namun aku bingung mengapa perkara ini dibiarkan sepi? Jika kau tidak mampu untuk memberi harapan palsu, noktahkanlah anganan aku supaya tidak menjadi lebih tinggi kerna aku takut aku bakal jatuh merudum sehingga sukar untuk bangun kembali. Aku bimbang aku akan berada di satu tahap yang mendukacitakan diriku dan orang sekelilingku dalam jangka masa yang lama. Biar sakit sekarang dari sakit kemudian hari dimana penawar untuk kedukaan itu sudah habis digunakan.

P/s: 16/9: Selamat Hari Malaysia yang ke 50 :)

~okay, i'm off~

No comments:

Post a Comment