Senyum :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

# "  Smile. It might not make our problems disappear, but it will stop people from asking what's wrong with us." #

Senyum. Perbuatan yang nampak senang dan memang senang untuk dilakukan. Bayi pun mampu untuk senyum walau belum boleh untuk ketawa seperti yang lain. Namun adakala senyum juga mampu menjadi sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang.


Ini Tia. Tia yang senang untuk tersenyum. Tia yang mudah untuk ketawa. Tia yang boleh masuk dalam semua keadaan tanpa perlu ada susah. Tia yang menjalani hidup yang sangat sederhana namun cukup untuk menjadikan dirinya insan yang paling bahagia. Seperti manusia yang bebas dari masalah.


Tia mudah mendapat kawan. Tia mudah untuk mencari teman namun Tia juga senang untuk merasa apa itu kehilangan. Tia kadangkala bingung. Tia kadangkala bengang. Bingung dengan apa yang jadi, bengang dengan diri sendiri. Ada masa, Tia marah diri sendiri kerana merasakan setiap kehilangan yang terjadi berpunca daripada dirinya. Ada masa, Tia keliru seorang diri dan cuba bertanya sana sini, meminta kepastian, mencari jalan penyelesaian namun pada akhirnya, tetap jua menyalahkan diri sendiri.


Tia percaya, dengan hanya sebuah senyuman yang menghiasi bibir mampu untuk menjadikan dirinya insan yang paling bahagia walaupun senyuman yang dipamerkan sangat plastik. Senyuman yang penuh cela, langsung tidak terserlah apa itu keikhlasan. 
Tia percaya, senyuman tidak mampu untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Namun Tia yakin, dengan hanya melemparkan senyuman, apa jua masalah yang Tia alami, bakal diselesaikan walaupun mengambil masa yang lama. Tia yakin bahawa senyuman mampu memberikannya kekuatan untuk teruskan kehidupan, untuk selesaikan permasalahan. Tia yakin, sumber semangatnya adalah sebuah senyuman.

Pada Tia, senyuman bukan bererti seseorang itu sedang bahagia menjalani kehidupannya. Senyuman itu ada maksud yang tersendiri. Hanya insan yang terpilih mampu untuk menterjemah makna yang cuba disembunyikan. 
Pada Tia, senyuman juga mampu untuk dijadikan satu penyamaran yang sangat baik dari terus diterjah dengan soalan yang mampu untuk membunuh jiwa yang sedang nazak. 
Pada Tia, senyuman diibaratkan seperti minyak tanah yang menjadi punca si pelita untuk terus bernyawa. 
Pada Tia, senyuman itu sesuatu yang sangat berkuasa untuk terus melangkah kehadapan, meneroka dunia yang penuh cabaran. Memberi semangat untuk terus menongkah onak duri kehidupan. Menjadikan diri semakin berani dan penuh dengan keyakinan.


Tia tahu, hidup Tia penuh dengan masalah namun Tia juga tahu dengan senyuman Tia mampu untuk menyelesaikan masalah. Tia punya prinsip sendiri. Prinsip Tia, ringkas, "Walau senyuman kadangkala tidak mampu untuk menyelesaikan masalah, namun senyuman mampu untuk memberi satu kekuatan untuk berhadapan dengan masalah."


Ini Tia. Walau hidup Tia ada masalah, namun senyuman diwajah Tia tidak akan pernah terpadam walau ketawa riang jarang kedengaran. Lagipun, senyuman itu menjadikan diri kita lebih muda, bertenaga dan lebih bersemangat bukan ? :)

P/s: Salam aidiladha. Raya haji hari keempat :)
~okay,i'm off~

Pengakhiran sebuah pencarian

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Kata sudah diputuskan, kau kini aku lepaskan.#

Hari hari online fb konon mahu mengetahui adakah si kumbang hitam yang aku idam sudah membalas mesej yang telah aku tinggalkan untuknya namun jawapan yang aku terima tersangatlah mendukacitakan. 
Hari hari aku online fb konon mahu melihat apakah status terkini si kumbang hitam yang aku igau tiap malam post kan namun apa yang berlaku adalah melihatnya membalas komen yang lain. Si dia update status baru, tag sana sini tapi mesej yang aku tinggalkan masih ditinggal sepi. Aku sedih sendiri. Duduk seorang diri, bertanya kepada sang hati mengapa jadi begini. Aku cuba beranikan diri bertanya kepada si empunya diri  mengapa pesanan aku ditinggal sepi. Namun jawapan yang aku terima amat memilukan hati.

Hai si kumbang hitam, terima kasih kerana meletakkan tanda noktah untuk anganan yang aku bina pada tiap malam.
Hai si kumbang yang dulunya aku idam, jurang yang telah kau ciptakan antara kita membuatkan aku terduduk terdiam. 
Sedarlah aku bahawa antara kita tidak mungkin ada sebarang perhubungan walau hanya sebuah persahabatan. Aku tergelak kesorangan, merenung setiap kebodohan. Konon si dia seperti yang aku bayangkan. Kini aku menyedari, tidak semua yang aku bayangkan bakal menjadi kenyataan. Ini dunia nyata, bukan khayalan yang penuh dengan impian yang tidak berkesudahan konon mampu untuk direalisasikan.

Aku pasrah. Aku sudah kalah. Aku hanya mampu untuk memanjatkan doa supaya si dia berada di bawah lindungan Allah. Aku hanya mampu memohon  dari Yang Esa supaya si dia sentiasa hidup dengan penuh rahmah dan barakah. Alhamdulillah, pencarian yang aku jalankan selama ini sudah temu titik noktah. Terima kasih kerana mengejutkan aku dari lena yang kononnya indah. Aku akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang yang penuh dengan kisah sedih. 

Terima kasih kerana menamatkan segalanya. 
Terima kasih kerana menjadikan aku lebih berani untuk melangkah kehadapan yang penuh dengan cabaran. 
P/s: Mohon akan ada lagi hidangan daging arnab selepas ini. Hee ;)
 ~okay,i'm off~

Mencari si hilang

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Tanda noktah diletakkan. Sejak itu kau tiada kelihatan.#

Tembakan dilepaskan. Larian dimulakan. Garisan penamat menjadi sasaran. Kemenangan diidamkan. Pemenang diumumkan. Pertandingan ditamatkan. Aku menanti peserta larian itu dengan penuh kesabaran. Tidak sudah lagikah pekerjaanya? Tidak selesai lagikah urusannya? Aku menanti dan terus menanti tanpa menyedari masa berlalu pergi hingga tiada orang disisi. Aku masih sendiri. Berdiri di sini. Mengharap dia datang kembali.

Pertandingan sudah melabuhkan tirai. Larian sudah lama selesai namun bayangnya masih tidak kelihatan lagi. Aku buat kerja sendiri. Aku cuba untuk menyibukkan diri. Aku sedaya upaya mengalihkan perhatian supaya aku tidak rasa ternanti nanti. Namun dia yang dinanti tidak jua menjelmakan diri. Aku pasrah sambil mengatur langkah untuk berlalu pergi. Pergi mencari kekuatan diri. Pergi untuk mengubati si hati.

Aku lelah namun aku tidak mahu untuk terus mengalah biarpun aku dianggap kalah. Aku kembali mempercepatkan langkah menuju destinasi yang masih belum aku terjah. Aku perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Aku perlu siap untuk menelan pahitnya sebuah kenyataan. Aku perlu menyediakan penawar untuk merawat hati yang sedang rawan. Aku perlu kuat tanpa perlu ada sebarang tangisan. Konon mahu ketemu dengannya untuk meluahkan perasaan. Ini bukan sandiwara murahan. Ini juga bukan satu permainan. Ini satu penyataan yang padaku tiada keraguan.  Mungkin tampak tiruan pada mata yang lain namun aku tetap menyimpan sebagai koleksi kenangan indah tiada tandingan.

Si kumbang yang jauh di mata, kapankah kita akan bersua?
Hai si kumbang, aku tahu kau ada. Aku tahu kau melihat. Aku tahu kau bijak membaca. Aku tahu kau pintar dalam menterjemah namun aku bingung mengapa perkara ini dibiarkan sepi? Jika kau tidak mampu untuk memberi harapan palsu, noktahkanlah anganan aku supaya tidak menjadi lebih tinggi kerna aku takut aku bakal jatuh merudum sehingga sukar untuk bangun kembali. Aku bimbang aku akan berada di satu tahap yang mendukacitakan diriku dan orang sekelilingku dalam jangka masa yang lama. Biar sakit sekarang dari sakit kemudian hari dimana penawar untuk kedukaan itu sudah habis digunakan.

P/s: 16/9: Selamat Hari Malaysia yang ke 50 :)

~okay, i'm off~