Manusia dari langit

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH


#Terima kasih itu bukan hanya sekadar ungkapan kosong#

Manusia yang datangnya dari langit ini adalah sesuatu yang tersangatlah jarang berlaku. Sebabnya mudah, tak semua akan mahu untuk bersama kau secara tiba tiba dan menyudahkan apa yang telah tertangguh. Menjadi daya penolak untuk kau terus mara ke hadapan. Menjadi penggerak untuk melakukan sesuatu. Bertindak sebagai ketua tanpa sekadar memberikan arahan semata. Kau dihadirkan untuk memudahkan urusan mereka yang berada dalam kesusahan. Kau didatangkan sebagai peneman dikala mereka sendiri tidak berteman. Akhirnya mereka sedar bahawa bunyi derapan langkah itu bukan hanya datangnya dari mereka terapi juga daripada kamu yang tidak lelah menghulurkan bantuan.

Ini tinta pengharagaan untuk dia, manusia dari langit.

Tiada kata kata sempurna yang mampu aku susun untuk menyatakan bahawa beruntungnya aku punya kamu disaat aku dibelenggu masalah yang bisa membuatku murung tiada daya. Kau penggerak untuk segalanya. Kau peneman tanpa pemanis kata. Kau pembakar semangat untuk terus maju kehadapan. Entah kenapa kau yang dihadiahkan oleh Maha Esa untuk membantuku saat aku buntu dan tiba di saat akhir. Entah apa jadilah pada diri ini jika engkau tiada.

Ya, aku tahu, aku ada Allah. Aku ada Allah untuk membantuku. Aku ada Allah yang boleh aku bergantung harap. Aku ada Allah yang sentiasa menjadi pendengar seria setiap bicara luahan perasaan aku. Aku ada Allah yang sentiasa memahami setiap gelora jiwa aku tanpa aku menuturkanya. dan aku juga tahu bahawa Allah datangkan dirinya untuk bersama aku menghadapi masalah itu. Benar apa yang telah diajarkan.

"Sesungguhnya setiap kesukaranm itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan."
(Al-Insyirah: 4-5)

Yang Maha Esa itu tidak akan sekali kali membiarkan hambaNya mengharungi setiap ujian itu seorang diri. Dia kan sudah berjanji tidak akan timpakan setiap ujian itu melebihi kekuatan daya yang dimiliki oleh hambaNya. Aku tersenyum, yakin dan percaya bahawa Allah itu tersangatlah  sempurna dan segala macam bentuk kesempurnaan itu adalah milikNya sahaja.

Terima kasih Allah kerana datangkan dia untuk menemani aku menempuh ujianMu. Terima kasih juga kerana membuatkan aku yakin dan percaya dan aku akan pegang untuk dijadikan salah satu prinsip kehidupan aku bahawa

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya"
(Al-Baqarah:286)

Akhir kata, terima kasih Allah kerana tidak membiarkan aku terkapai seorang diri meniti hari yang sukar itu. Terima kasih betord kerana membantu aku menguruskan hal yang satu itu. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikanmu.