Sakit

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Tinta buat sahabat#

Sayang,
Walau jarak menjadi penghalang, dirimu sentiasa aku kenang. Walau kita jarang berhubungan, namamu sentiasa berlegar dalam ingatan. Mana mungkin sebaris nama yang sebegitu sebati dalam diri dilupakan. Walau bisu sentiasa menjadi peneman setia antara kita, mana mungkin hati ini tercalit rasa kau telahpun memutuskan kasih antara kita. Kau yang sentiasa ada dikala aku senang mahupun susah, jadi mengapa sekarang aku tegar meninggalkan kau seorang diri menghadapi setiap ujian yang kau sedang hadapi?

Sayang,
Kau ada masa aku jatuh merudum. Kau ada masa aku tidak lagi mengenali aku. Kau saksi aku mengutip kembali kepingan semangat aku yang telah diranapkan manusia lain. Kau ada saat aku bahagia. Kau jua saksi aku kembali seperti aku yang dulu. Jadi mana mungkin aku tegar meninggalkan kau saat kau tengah jatuh terkapai-kapai keseorangan? Mana mungkin aku tegar untuk biarkan kau merasa sakitnya ujian Allah itu bersendirian?

Sayang,
Ingat, aku takkan sesekali tinggalkan kau bersendirian. Aku takkan sesekali biarkan kau untuk mengharungi setiap ujian Allah ini berseorangan dan aku takkan sesekali biarkan kau merasa sakit ini tanpa aku disisimu. Aku tahu pergantungan itu hanyalah kepada Allah namun sayang, carilah aku jika kau menghadapi apapun situasi yang kau sedang alami dan aku takkan sesekali mengatakan aku punya kerja lain. InsyaAllah akan aku lapangkan masa aku untukmu. Jadikanlah aku telingamu untuk mendengar setiap keluh resah. Jadikanlah aku bahumu untuk kau menumpang sedih menangis hiba. Jadikan jua aku tanganmu untuk mengusap dan memberi semangat untuk kau bangun bersemuka dengan ujianmu.

Sayang, 
Barang yang mahal memerlukan wang ringgit yang banyak, macam itu jua dengan syurga. Syurga yang Subhanallah indah ini mungkin memerlukan kau untuk mengharungi pelbagai ujian berat sebagai bayaran untuk kau masuk duduk inap di dalamnya. Kau manusia hebat sayang. Kau manusia kuat. Sebab itu Allah bagi kau ujian yang belum tentu manusia lain dapat untuk bersemuka denganya.

Akhir kata sayang,
Jangan pernah fikir kau berseorangan dalam mengharungi ujian Penciptamu ini sayang. Pahit yang kau rasa sekarang akan dibalas dengan manis yang kekal abadi selamanya. InsyaAllah aku akan sentiasa bersamamu untuk menghadapi apapun yang berlaku dalam hidup kau walaupun aku tidak berada berhadapan dengan kau. Doa aku akan sentiasa mengalir untuk kau, sayang.

 Sayang aku kuat bukan?
~okay, im off~