ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Untuk semua kenangan, terima kasih. Ia indah walau pedih.#
Ini nota ringkas.
Nota ringkas yang dengan harapan dia membaca walau tidak terkesan.
Hai kamu.
Pertamanya terima kasih kerana hadir dalam dunia kecil aku.
Singgah menginap walau untuk seketika waktu.
Mengajarku pelbagai rasa walau pada akhirnya menjemput galau bertamu.
Keduanya jutaan kemaafan aku hulurkan kerana masih punya kamu dalam hati.
Meletakkan kamu dalam carta atas dalam minda.
Menjadikan nama mainan si mulut untuk terus menuturnya.,
Menjadikan dirimu sumber inspirasi untuk terus menongkah dunia.
Akhirnya aku mendoakan kamu untuk terus bersinar seperti mentari.
Kita mungkin tidak akan pernah untuk bersua lagi namun cukup untuk aku ketahui bahawa kau sudah berjaya mencapai segala hajat di hati.
Untuk hari ini, sekali lagi nama kau menari di papan kunci lalu menjadikan aku perindu kejora di malam hari.
Kamu si kejora yang sentiasa dirindui pemerhati seperti aku. Tampak dekat namun jauhnya hanya Allah yang tahu. Selamatlah kau mengharungi segalanya. Doaku ada untukmu kerana namamu menjadi perhiasan di setiap doaku. Terima kasih untuk semuanya.
P/s: Kenangan yang tidak sepatutnya diulang tayang kembali. Maaf.
~okay, i'm off~