ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
## Apa guna hidup kalau tidak merasa susah?##
Menangis bukan tanda lemah. Menangis itu melambangkan kekuatan.
Kekuatan untuk melepaskan segala yang terbuku di hati untuk sekian lama.
Lama memendam perasaaan tanpa ada yang mengetahui kadangkala selalu menghantui ketenangan yang begitu payah untuk dibentuk.
Pembentukan yang mengambil masa yang tersangatlah lama namun begitu senang untuk dirobohkan dengan sebegitu sahaja.

Hidup tidak akan manis kalau tidak merasa apa itu sebuah kegagalan.
Kegagalan bukanlah bermakna seseorang itu bodoh atau kurang berusaha cuma masih belum jumpa jalan selesai.
Selesai satu, ditambah satu. Jangan sedih, jangan putus asa, jangan mengeluh tanda mengalah. Jangan!

Jangan gentar untuk terus maju kehadapan walau diri kecundang jutaan kali.
Tiap kali kita jatuh, tiap kali itulah kita pasti akan temui jalan keluar yang baru.

Hidup itu akan sia sia kalau diri masih belum boleh hadam apa itu makna sebuah pengharagaan.
Penghargaan itu bukanlah bermakna diri perlu disanjung, nama perlu dijunjung, cukup sekadar senyuman dan ucapan tulus ikhlas.
Ikhlas itu datang dari hati bukan hanya omongan kosong yang mampu ditutur dengan mulut yang kadangkala penuh dengan dusta.
Dustakan hati itu kadangkala lebih sakit daripada dustakan setiap percakapan dan pertuturan.
Pertuturan mampu memanipulasikan sesebuah keadaan tetapi pendustaan hati mampu buat diri terus memberontak meminta sebuah kepastian dan kebenaran.
Lepaskan segala yang terbuku di hati kalau jiwa asyik merintih.
Merintihlah pada yang menciptakanmu dan bukannya mereka yang berada disekeliling kerana ada dikalangan mereka yang hanya mampu untuk mendengar dan bukannya memahami jauh sekali menolong dengan segenap hati.
Kejayaan yang bakal dikecapi itu tersangatlah manis kalau kita mampu merasa pahitnya sebuah kegagalan. Kita tahu apa itu sebuah kepayahan untuk berada di puncak. Kejayaan yang bakal diperoleh pasti akan terus dihayati dan setiap kenangan manis mahupun pahit akan menjadi sesuatu yang sukar dilupakan sepanjang hayat.
Hargai apa yang ada disisi sebelum ia terbang kesana sini. Apabila sesuatu yang pada awalnya tampak tidak bermakna hilang barulah diri terasa kehilangan namun sayang apa yang dicari, apa yang diidam sudah tidak kelihatan. Diri tergadah mencari apa yang telah hilang dari sisi, rasa menyesal mula merajai hati. Perkara terakhir yang mampu untuk dilakukan ialah menekur lantai, mendongak langit, menadah tangan sambil mulut terkumat kamit mohon pada Yang Kuasa memudahkan urusan,merahmati kehidupan memberkati sebuah perjalanan.

P/s: Selamat mengundi.
~okay,i'm off~