Pengakhiran sebuah pencarian

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Kata sudah diputuskan, kau kini aku lepaskan.#

Hari hari online fb konon mahu mengetahui adakah si kumbang hitam yang aku idam sudah membalas mesej yang telah aku tinggalkan untuknya namun jawapan yang aku terima tersangatlah mendukacitakan. 
Hari hari aku online fb konon mahu melihat apakah status terkini si kumbang hitam yang aku igau tiap malam post kan namun apa yang berlaku adalah melihatnya membalas komen yang lain. Si dia update status baru, tag sana sini tapi mesej yang aku tinggalkan masih ditinggal sepi. Aku sedih sendiri. Duduk seorang diri, bertanya kepada sang hati mengapa jadi begini. Aku cuba beranikan diri bertanya kepada si empunya diri  mengapa pesanan aku ditinggal sepi. Namun jawapan yang aku terima amat memilukan hati.

Hai si kumbang hitam, terima kasih kerana meletakkan tanda noktah untuk anganan yang aku bina pada tiap malam.
Hai si kumbang yang dulunya aku idam, jurang yang telah kau ciptakan antara kita membuatkan aku terduduk terdiam. 
Sedarlah aku bahawa antara kita tidak mungkin ada sebarang perhubungan walau hanya sebuah persahabatan. Aku tergelak kesorangan, merenung setiap kebodohan. Konon si dia seperti yang aku bayangkan. Kini aku menyedari, tidak semua yang aku bayangkan bakal menjadi kenyataan. Ini dunia nyata, bukan khayalan yang penuh dengan impian yang tidak berkesudahan konon mampu untuk direalisasikan.

Aku pasrah. Aku sudah kalah. Aku hanya mampu untuk memanjatkan doa supaya si dia berada di bawah lindungan Allah. Aku hanya mampu memohon  dari Yang Esa supaya si dia sentiasa hidup dengan penuh rahmah dan barakah. Alhamdulillah, pencarian yang aku jalankan selama ini sudah temu titik noktah. Terima kasih kerana mengejutkan aku dari lena yang kononnya indah. Aku akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang yang penuh dengan kisah sedih. 

Terima kasih kerana menamatkan segalanya. 
Terima kasih kerana menjadikan aku lebih berani untuk melangkah kehadapan yang penuh dengan cabaran. 
P/s: Mohon akan ada lagi hidangan daging arnab selepas ini. Hee ;)
 ~okay,i'm off~

Mencari si hilang

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Tanda noktah diletakkan. Sejak itu kau tiada kelihatan.#

Tembakan dilepaskan. Larian dimulakan. Garisan penamat menjadi sasaran. Kemenangan diidamkan. Pemenang diumumkan. Pertandingan ditamatkan. Aku menanti peserta larian itu dengan penuh kesabaran. Tidak sudah lagikah pekerjaanya? Tidak selesai lagikah urusannya? Aku menanti dan terus menanti tanpa menyedari masa berlalu pergi hingga tiada orang disisi. Aku masih sendiri. Berdiri di sini. Mengharap dia datang kembali.

Pertandingan sudah melabuhkan tirai. Larian sudah lama selesai namun bayangnya masih tidak kelihatan lagi. Aku buat kerja sendiri. Aku cuba untuk menyibukkan diri. Aku sedaya upaya mengalihkan perhatian supaya aku tidak rasa ternanti nanti. Namun dia yang dinanti tidak jua menjelmakan diri. Aku pasrah sambil mengatur langkah untuk berlalu pergi. Pergi mencari kekuatan diri. Pergi untuk mengubati si hati.

Aku lelah namun aku tidak mahu untuk terus mengalah biarpun aku dianggap kalah. Aku kembali mempercepatkan langkah menuju destinasi yang masih belum aku terjah. Aku perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Aku perlu siap untuk menelan pahitnya sebuah kenyataan. Aku perlu menyediakan penawar untuk merawat hati yang sedang rawan. Aku perlu kuat tanpa perlu ada sebarang tangisan. Konon mahu ketemu dengannya untuk meluahkan perasaan. Ini bukan sandiwara murahan. Ini juga bukan satu permainan. Ini satu penyataan yang padaku tiada keraguan.  Mungkin tampak tiruan pada mata yang lain namun aku tetap menyimpan sebagai koleksi kenangan indah tiada tandingan.

Si kumbang yang jauh di mata, kapankah kita akan bersua?
Hai si kumbang, aku tahu kau ada. Aku tahu kau melihat. Aku tahu kau bijak membaca. Aku tahu kau pintar dalam menterjemah namun aku bingung mengapa perkara ini dibiarkan sepi? Jika kau tidak mampu untuk memberi harapan palsu, noktahkanlah anganan aku supaya tidak menjadi lebih tinggi kerna aku takut aku bakal jatuh merudum sehingga sukar untuk bangun kembali. Aku bimbang aku akan berada di satu tahap yang mendukacitakan diriku dan orang sekelilingku dalam jangka masa yang lama. Biar sakit sekarang dari sakit kemudian hari dimana penawar untuk kedukaan itu sudah habis digunakan.

P/s: 16/9: Selamat Hari Malaysia yang ke 50 :)

~okay, i'm off~

Jendela hati

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Mata mengintai, hati ternanti menunggu tibanya si kekasih hati namun masih belum kunjung tiba lagi.#

Setiap yang mula pasti ada akhir. Begitu juga dengan aku, pandangan yang sering dihalakan hanya untuknya sudah terhenti dan berakhir. Entak bila aku akan akan dapat untuk bersua dengannya kembali. Adakah di penghujung tahun dimana aku hanya mampu memandangnya membaling topi graduasinya di langit? Errr, berpeluangkah aku untuk menyaksikan hari bersejarah itu?

Sehari sebelum titik penamat diumumkan, aku menanti si kumbang dengan penuh kesabaran. Menunggu,menjenguk dan mengintai di balik pintu dengan harapan dia masuk dengan penuh senyuman dibibir menghiasi wajah. Ahhh.. terpana aku setiap kali dia berkelakuan seperti itu. Aku terlena dibuai mimpi yang pelakonnya hanya aku dan si dia. Senyuman itu, buat hari ceria, bikin hati cukup cukup gembira. Saat indah aku bersamanya ialah apabila dia melemparkan senyum manisnya dan aku membalasnya dengan hati penuh dengan bunga di taman.

Dalam taman ada bunga, atas bunga ada kumbang. Hai si kumbang hitam, sudikah kiranya engkau memilih bunga ini untuk dihinggapi buat selamanya? Hai si kumbang yang aku idam, berpeleuangkah aku untuk berjalan seiringan dengan engkau? Hai si kumbang yang aku angau tiap malam, adakah kesempatan aku untuk melihat hari engkau melemparkan topi graduasimu itu?

Namun itu semua seakan mustahil. Aku masih disitu. Didalam bilik itu. Menunggu dan menunngu si dia untuk memainkan muziknya bersamaku. Aku keluar dan terkejut saat mata melihat si kumbang bertenggek di atas bunga lain. Mungkin itu hanya tempat persinggahan biasa. Mungkin itu bukan yang teristimewa tetapi mengapa aku yang merasa sakit dijiwa? Aku tagih sebuah jawapan darinya. Hai si kumbang, bunga jenis yang macam manakah yang telah engkau singgah sebentar tadi? Istimewakah bunga itu? 

Kaki pergi melangkah ke arah lain. Mata kalih dari terus merenung. Tahan hati supaya tidak diperasan oleh yang lain. Aku perlu selesaikan apa yang patut aku selaesaikan dari terus merenung dan memandang! Si dia pencuri hati, mohon untuk berjumpa lagi.

P/s: Alhamdulillah, malam kebudayaan untuk tawe sudah selamat.. Rindu saat kita bersama.

~okay,i'm off~