ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Teruskan bersinar kejora! Tia akan sentiasa doakan kejora!#
Hai kejora. Kejora sihat? Lama Tia tidak mendengar khabar kejora. Tia hanya mampu melihat kejora nun jauh disana. Tia tahu kejora baik baik saja. Tidak ada apa yang perlu Tia risaukan sebab Tia tahu kejora mampu menjaga diri kejora. Oh ya, pada waktu kini, kejora sedang berusaha untuk menggilapkan diri kejora supaya tampak lebih berkilau di angkasa bukan? Tia doa, kejora mampu menjadi yang terbaik berbanding yang lain. Mampu berkelip dengan cahaya yang lebih terang dari biasa. Kejora boleh! Tia tahu kejora boleh.
Kejora tahu? masa untuk Tia merindukan kehadiran kejora sudah tiba. Tia kini hanya mampu untuk melihat kejora di angkasa semata tanpa berpeluang untuk merindukan mahupun mengharapkan kehadiran kejora pada keesokan hari. Masa Tia sudah tamat. Masa Tia sudah tiba di penghujung. Tia sedih. Namun Tia tahu bahawa Tia hanya layak untuk menatap cantiknya kerlipan kejora dan memerhatikan betapa indahnya si kejora menghiasi kegelapan malam. Tia tahu, hanya purnama yang boleh menjadi peneman kejora. Kejora memang nampak sepadan dengan purnama. Apalah kelebihan yang Tia ada jika mahu dibandingkan dengan keistimewaan si purnama bukan? Kejora serba salah? Eh, janganlah. Memang sejak azali kan tempat kejora bersebelahan dengan purnama. Tia je yang menyimpan harapan lebih untuk punya kejora bergandingan dengan Tia.
Kejora, Tia ingin sekali kejora tahu bahawa Tia akan selalu mendoakan kesejahteraan kejora. Tia mohon izin untuk terus menikmati keindahan dan kecantikan kerlipan kejora. Tia harap Tia akan sentiasa ada peluang untuk menatap kehadiran kejora di angkasa. Kejora indah! Kejora penceria hati nan walang. Kejora tidak pernah kenal erti berputus asa. Ya lah. Kejora tetap akan berkelip walaupun cahaya kejora itu semakin malap. Mohon kejora tidak berang ya pada Tia yang selama ini menjadi perindu setia kejora. Tia tidak mahu berjanji untuk tidak lagi menjadi perindu kejora namun Tia akan cuba untuk bergerak keluar dari dunia kejora. Perlahan lahan Tia undurkan diri kejora. Jangan risau. Kejora tidak akan pernah perasan jika Tia tidak lagi menjadi perindu kejora, Kejora punya purnama. Purnama setia pada kejora. Tia tahu purnama mampu menjadi peneman setia kejora.
Kejora, berkeliplah dengan terang ya! Kejora jangan pernah lelah menceriakan hati ribuan malah jutaan manusia di atas muka bumi ini. Kejora punya aura kejora tersendiri. Tia yakin pada kejora. Tia yakin pada cahaya kendiri kejora.
Tia undurkan diri dahulu ya kejora. Selamat tinggal kejora.
Ini ucapan selamat tinggal Tia. Entah. Tia sentiasa tidak punya keyakinan terhadap dirinya untuk terus berhadapan apatah lagi bergandingan dengan dengan kejoranya. Masa Tia masih berbaki lagi beberapa hari. Tidaklah tamat seperti yang diperkata cuma Tia tidak betah untuk berterusan menghitung hari demi hari, konon menanti kasih yang tidak pasti. Tia bilang, dia perlu persiap diri menanti hari mendatang walaupun dia tahu hari ini perlu dinikmati dengan sepenuh hati. Namun Tia juga tahu, bahawa malam nan kelam itu pasti jua akan bertukar menjadi siang yang begitu cerah dengan limpahan cahaya matahari. Maka, diri Tia juga perlu berubah bukan? Tia tahu dia masih lagi mampu untuk berjumpa kejoranya. Penghabisan kata, ini bukanlah penamat sedih buat Tia dan kejoranya. Tia akan berterusan berasa gembira jika kejoranya tidak pernah putus untuk berkelip atas cahayanya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment