Kematangan

ASSALMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Kematangan bukan disebabkan usia namun usia penyumbang kepada kematangan.#

"Kau tu budak kecik. Kau apa tahu hal orang dewasa macam kami?"

"Mengaji tak habis lagi, ada hati nak mengajar kita itu ini."

Faktor umur adalah antara sebab mengapa setiap pendapat yang diutarakan oleh si muda selalu disisihkan. Konon diri masih belum bijak membuat sebarang keputusan. 
Katanya diri masih budak hingusan.
Tak tahu menilai kebaikan dan keburukan.
Diri dilabel masih belum merasa asam garam kehidupan.

Kematangan tidak kenal tua ataupun muda
Kematangan datang seiring dengan usia
Namun kematangan tidak semestinya berpihak kepada mereka yang berusia
kerana kematangan itu mampu dimiliki oleh golongan muda
andai mereka bijak menilai akan sesuatu perkara.

Diri dah besar, pasti tahu menilai dari setiap segi, baik mahupun buruk
namun bukanlah satu tiket untuk menghukum sesorang itu jahat ataupun baik.

Diri dah besar, boleh jadi makbapak budak
konon diri dah matang, konon diri bijak mengemudi sebuah kehidupan
namun sayang, pemikiran masih kebudakan
bertindak sesuka hati diluar kewarasan diri tanpa punya rancangan yang rapi.

Kadangkala usia hanyalah angka kedewasaan
namun pengalaman itu tanda kematangan.

Usah pertikai faktor luaran tapi menilai  dari sudut dalaman.
Ini kerana ada perkara yang perlu dinilai dengan sebuah pemahaman daripada diperhati melaui zahir penglihatan.

P/s: Sedang bercuti. Selamat menunggu keputusan peperiksaan.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment