ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Diri hilang tanpa dikau.#
Saat diri jatuh kesakitan,
kau datang hulurkan tangan.
Saat diri terkontang kanting berseorangan
kau datang berikan bantuan.
Saat diri hilang arah dan tujuan,
kau datang beri sinar harapan.
Saat diri sedih menangung setiap kegagalan,
kau datang beri sinar kebahagiaan
tidak pernah jemu untuk menaikkan semangat untuk terus menongkah kehidupan.
Kini, umur sudah mula menginjak angka 21.
Sudah besar rupanya. Sudah boleh berbicara mengenai politik, sudah boleh berbual soal perkahwinan.
Kalau dulu, apabila orang dewasa berborak antara mereka, disuruhnya masuk dalam bilik.
"Jangan dengar perbualan orang tua, tak elok, tak baik. Awak tu kecik lagi."
Tertanya tanya jugalah perbualan orang dewasa mana yang tidak elok untuk didengari oleh si kecil.
Umur sudah menginjak, baru diri pandai menebak.
Kini, diri sudah berada di universiti.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas, menjadi seorang pelajar universiti dan mendalami subjek yang menjadi pilihan hati.
Kalau dulu masih berangan mahu masuk sekolah asrama itu ini, konon mahu masuk universiti. Kalau tak masuk asrama hebat hebat, diri tak boleh masuk universiti hebat hebat. Pemikiran budak, pemikiran aku. Inilah dia.
Sekarang, baru mengerti. Tak perlu pun masuk sekolah hebat hebat untuk masuk universiti yang hebat hebat. Apa yang penting, usaha yang hebat hebat, barulah diri menjadi seorang yang hebat hebat.
Seorang yang bekerja tidak mampu untuk menjawat jawatan yang diidam, berada dalam posisi yang membanggakan dan mempunyai pengaruh yang luas tanpa punya pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi.
Tanpa tenaga pengajar, tanpa teman pendukung, semua ini hanyalah sebuah angan di alam mimpi.
Mereka bukan guru, bukan pula seorang pensyarah
namun merekalah tenaga pengajar pertamaku, mengenalkan aku siapa itu Allah.
Mereka tidak belajar tinggi pun,
namun mereka mampu membentuk diri supaya menjadi seorang insan.
Insan yang mampu mereka banggakan suatu hari nanti. Insan yang mampu membuatkan mereka tersenyum.
Hai ibu, hai bapa, terima kasih kerana mendidik dan terus menndidik walau kalian bukan guru dimata yang lain namun kalian murabbi yang aku sentiasa sayangi.
Sedari aku yang dulunya tidak tahu apa itu Abc, 123, dan bagaimana untuk mengeja Ayam sehinggalah aku mampu untuk menulis dan mengira dengan jayanya,jasa yang dicurahkan tidak pernah aku lupakan.
Terima kasih kerana sabar melayani setiap kerenah dan telatah walaupun kadangkala dikau merasa lelah.
Terima kasih kerana menjadi tenaga pengajarku sejak tadika sehinggalah kini.
Menjadi cikgu, muallim muallimah dan menjadi pensyarahku kini.
Jasa yang melaut tidak mampu aku balas walau diberi beribu tahun untuk melakukannya.
P/s: 16/5-Selamat hari guru kepada semua tenaga pengajar (:
~okay,i'm off~
No comments:
Post a Comment