Sepatutnya

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH


##Hujan panas, pembiasan si tujuh warna.##

Pencipta agung kelamkan awan, hilangkan sinaran sang suria dan menurunkan mutiara jernih adalah semata untuk mencorakkan si langit menceriakan si pemerhati. Namun sedar atau tidak, pembiasan si tujuh warna hanya mampu dilihat untuk seketika,memuja untuk sedetik dan mengagumi untuk sesaat.


Pembiasan si tujuh warna. Setiap satu warna yang terlukis di kaki langit setelah hujan reda punya maksud yg tersirat dan tersurat yang hanya mampu untuk difahami oleh individu itu sendiri. Tujuh warna,tujuh maksud, beribu cerita.

Merah katanya berani,garang dan adakalanya org mengambarkannya sebagai satu amaran atau tanda bahaya. Untuk ak, merah itu tanda degil! Degil sbb menidakkan apa yang sepatutnya ak lakukan. Degil sbb masih berpijak pada paksi yang sama walau berulang kali disuruh untuk bertukar arah. Degil kerna masih memegang apa yang tidak sepatutnya ak pegang. Merah itu degil disulami dgn rasa sakit. Lepas? pasti! pasti susah

Jingga pula dikatakan riang dimana seseorang itu terlepas dari sebarang masalah sedangkan hatinya penuh dgn dugaan yang sgt2 hebat! Professionalisme! itu yang terlintas bila org bertanya mengenai maksud sebalik jingga padaku. Yes! mmg jingga itu warna ceria, menggambarkan bahawa seseorang itu ceria perwatakan tp ak menyatakan ia sbg professional. Mampu mengawal gelojak hati, tahan segala macam emosi dan beriak seolah olah tiada apa yg berlaku. Ak perlu belajar semua nie kerna ak adalah seorang yg sgt2 loser bila masuk bab emosi.

Kuning seperti yang diketahui ramai, warna diraja, warna kebesaran. Kuning itu menyerlah kan warnanya? mampu buat org tersenyum walau untuk segaris. Itu pemahaman ak terhadap kuning. Mampu buat kita tersenyum skjp. Menyerlah sampai mata ak silau x nampak yang lain selain warna itu. Menyerlah sampai ak cuba menidakkan bahawa ada lagi warna lain yang menumpang bersama sama dgn kuning itu. Mata ak terntancap hanya untuk kuning.

Hijau itu tanda ketenangan. Warna alam semulajadi,nyaman jer tgok. Berada disamping mereka disisi memberiku sejuta ketenangan yang x mampu ak rasai bila ak dgn org lain. Yes!mmg kadangkala ada kata2 mereka yg berjaya buat ak sentap sekejap tp sygnya ak x mampu untuk teruskan hidup tanpa mereka disisi. Hidup ak x lengkap tanpa mereka. Buatlah apa pun, cakaplah sentap mana pun, ak ttp mahukan mereka dalam hidup ak.

Biru itu segar! mcm baru mandi, mcm baru keluar dari peti ais pun yer. hikhikhik. Biru itu tanda penyatuan.lambang perpaduan dan persamaan mungkin. Kadangkala persamaan itu membahagiakan namun ada ketika persamaan itu sangat menyeksakan. Bergantung pada individu masing2. Oh yer, biru is one of my favorite colour! obses betul bila nampak warna nie. haih!

Indigo. Warna ini biru bukan, ungu pun bukan, Sangat feminin tp boleh jadi sangat maskulin.Kiranya kedua gender boleh menyukai warna yang sama la kowt. Erm, blank sekejap bila dtg warna nie,. As for me indigo is a person in the middle. Same like jingga, indigo is the best in managing emotion. Adakalanya dia sedih, ujian yg datang tu mmg tersangat hebat tp dia masih mampu berlagak biasa like nothing happen n still can laugh n smiling even make jokes!

Ungu nampak lembut. Walaupun luar tampak kasar tp sebalik warna ungu tu ada kelembutan sbb ada warna pink yang tersembunyi disebalik pekatnya si ungu. Ungu itu sedih tp pada masa yang sama ungu itu kuat. Sebabnya warna ungu warna gelap dam mungkin suram (untuk ak la) tp kuatnya dia pada warnanya. kepekatan yang ada padanya hingga mampu menenggelamkan lembutnya merah jambu itu menyebabkan ungu itu tampak kuat.

Hujan panas. Siapa kata hari yang dipenuhi dengan kilauan sang suria panasnya si mentari xkan turun mutiara jernih ke bumi? Macam manusia, hari yang sepatutnya penuh dgn gelak ketawa tp masih ada kesedihan yg terselit, masih ada tangis yang menjeguk.Penghabisan bicara, manusia yang sebelumnya punya aktiviti untuk dilakukan memandangkan cuaca yang tampaknya cantik dan mengizinkan terpaksa ditangguhkan utk sementara waktu utk beri laluan si air utk menyejukkan bumi yang kepanasan utk seketika.

~Aku si hujan panas yang datangnya secara tiba tiba, perginya tanpa disedari.
~Biasan si tujuh warna, pelangi yang mewarnai langit,menceriakan si pemerhati.

P/s: Currently at Cameron Highland and this place is bless! Do have magic to release my stress.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment