Hijrah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

##Hijrah,permulaan untuk segalanya.##

Berjalan,berlari dan berdiri berkeseorangan. Konon mahu lari dari masalah. Konon mahu cari jalan selesai. Konon mahu mengasingkan diri untuk seketika. Konon mahu mencari jalan pulang, mencari jati diri. 

Keluar dari tempat persembunyian, katanya sudah berubah untuk menjadi diri yang baru. Katanya sudah jumpa jalan pulang. Katanya sudah jumpa kata kunci untuk setiap permasalahan yang menimpa. Katanya sudah menjadi orang lain, eh? 

Kerana dia,ak merantau ke sana. Kerana dia ak menjadi diri yang lain,konon x mahu melihat diri yang lama. Kerana dia, ak mula mendapat semangat baru. Kerana dia ak tidak memandang yang lain. Kerana dia, ak mula menyempitkan diri yang dimana ak tidak sepatutnya berbuat sedemikian. Kerana dia, ak bertekad untuk melakukan apa yang jarang dibuat.

Hijrah. Satu permulaan. Ak tidak pernah berkeinginan untuk menjadi diri ak yang dulu namun ak tidak mahu untuk meneruskan kehidupan yang sudah sedia ada kini. Duri perlu dicabut, sakit perlu diubat dan nyilu perlu dihentikan! 
Hijrah. Satu perjalanan. Pintu yang dulunya tertutup rapi perlu dibuka. Dunia yang dulunya dipenuhi dengan satu warna sahaja perlu dipelbagaikan. Minda yang dulunya sempit perlu diluaskan. Banyak lagi perkara yang belum diteroka. Hidup perlu diteruskan, perjalanan perlu dilajukan namun janganlah sampai kaki tersungkur. Berhati hati. Itu yang perlu dilakukan. Jangan mudah memberi, jangan senang menyerah.

~Sekali lagi ak menjadi yang lain.
~Akal dan mindaku kini telah dibasuh oleh ibu. Hati kini perlu dikosongkan.

P/s: Perlu persiapkan diri  dengan pelbagai jenis peperiksaan dan presentation. =.='
Salam maah hijrah ^.^

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment