Senyuman tidak bercahaya

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Dan akhirnya, senyumlah! hanyalah satu ungkapan semata.#

Tiada ungkapan yang dapat aku berikan padanya untuk dirinya kekal kuat berhadapan dengan ujian Penciptanya. Tiada kata yang mampu aku luah kerana kesemuanya kedengaran sangat klise.

"Be strong" "Kuatlah!" "Apapun, senyuman itu jangan hilang okay?"

Ungkapan klise dan dirinya hanya mampu tersenyum dan angguk namun cahaya itu entah hilang ke mana.

06081992
Tarikh dirinya dilahirkan di muka bumi ini. Tarikh yang juga sepatutnya disambut dengan penuh keseronokan pada setiap tahun. Yelah, menyambut hari lahir kan. Mesti lah kena gembira. Mesti lah hari penuh dengan senyuman dan mestilah hari yang sememangnya menyenangkan. Bukan mengharapkan sebarang jenis hadiah pun, namun cukup dengan ucapan tanda ingatan. Sekurangnya diri terasa dingati, dihargai dan disayangi bukan?

Tapi,
Tahun ini, tarikh itu seperti sudah hilang sinarnya. Sudah pudar warnanya dan semakin tenggelam rasa kegembiraan yang sepatutnya ada pada setiap tahun. Namun pada tahun ini, senyuman yang biasa dia ukirkan itu seolah sudah sirna cahayanya. Cahaya yang telah dibawa pergi bersama insan yang selama ini beraja dalam hati. Hari yang sepatutnya dipenuhi senyum tawa riang ceria dan limpahan kasih sayang diganti dengan  tangis hiba menghantar pulang seorang raja hatinya menghadap si Pencipta.

Hai awak :)
Sungguh besar ujian Dia beri padamu bukan? Entah bagaimanalah nasib aku jika aku berada di tempatmu. Rebah sudah kah atau aku berterusan menyalahkan takdir sebuah kehidupan? Engkau manusia hebat. Engkau manusia kuat hatinya. Engkau masih lemparkan senyum walau sinar cahayanya kian malap.
Hai awak :)
Rindu diri ini akan dirimu. Melihat secara berhadapan bahawa cantiknya engkau dengan sebuah senyuman itu. Bilakah agaknya diri ini akan bertemu mu? Kembali mencipta pelbagai kenangan pahit manis, mengharungi perit jerih sebuah kehidupan. Jangan engkau tinggalkan aku kerana aku tidak akan sekali melakukan hal yang sedemikian.
Hai awak :)
Sayangya aku pada dirimu hanya Allah sahaja yang tahu. Kasihnya aku padamu juga hanya Allah yang tahu. Percayalah sayang, aku ada untuk kau berpaut. Tolong jangan pernah fikir engkau berseorangan tau sebabnya aku juga mahu merasa susah senang bersama mu. Tidak mengapa diri ini susah tapi bukan engkau.
Hai awak :)
Sepatutnya tinta ini aku hadiahkan padamu pada hari kelahiranmu. Ya, aku tahu tidak seberapa namun kau tahu bukan aku jadi seorang yang terlebih jujur apabila berada dalam dunia penulisan. Setiap perkataan yang sudah pun tersusun elok ini datangnya dari hati kecil aku. Maaf kerana terlewat untuk berikannya padamu.

Siti Nurhanisah bt Ishak, Selamat hari ulangtahun! (Walau aku tahu bukan hari ini tarikhnya)


~okay, im off~

No comments:

Post a Comment