ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Aliran kasih#
Orang sana sini adalah yang bersoksek itu ini. Katanya kalau kita merindukan seseorang itu, tidak semestinya kita merindukan akan dirinya tetapi kita hanya merindukan keadaan dan situasi yang kita pernah alami itu. Yalah. Situasi yang belum tentu akan kembali dan dirasai lagi. Kalau mungkin berpeluang merasa semula kejadian yang pernah berlaku pun, mana mungkin rasa itu kekal sama bukan? Mesti lain sikit walaupun 1%.
Masalahnya, situasi yang pernah berlaku dan sering dirindui itu ada dia.
Tia.
Tia yang selama ini seolah cuba membohongi diri menyatakan dia tidak lagi mahu mengambil tahu apa yang telah sedang dan bakal terjadi dalam kehidupan si dia itu. Kita namakan si dia itu sebagai precious.
Mesti tertanya, ada apa pada precious dan kenapa precious? Tia jarang sangat sangat memberi gelaran pada makhluk bernyawa bergelar manusia ini. Makanya, jika gelaran itu sudahpun wujud pada seseorang, situasi yang telah berlaku ada dua lah. Samada si Tia bengang ataupun si Tia menyayang. Untuk si Precious ini, namanya sendiri sering menyebabkan hati tu bergerak pantas tidak seperti selalu dan secara tiba-tiba minda mula menerawang mengingati nostalgia yang lapuk tu. Entah. Mungkin si Tia sayangkan Precious tapi tulah. Orang dah hilang dari genggaman ni memang susah untuk digapai kembali.
Mana mungkinlah Tia memalukan diri merendahkan ego dan mencalarkan maruah dengan menghubunginya semula, menagih kasih yang pernah diberi dan dirasa. Eh kejap. Tia pernahlah berbuat sedemikian! Tia pernah menghubungi Precious ini dalam pelbagai bentuk, daripada texting, whatsapp sehinggalah calling! Facebook and Twitter pun Tia pernah guna untuk berterusan mendapat khabar darinya. Ohh, ada masa juga, Tia ada okay hantar bunga. Dua kuntum pulak tu! dan Tia langsung tak pernah berbuat sedemikian pada mana mana manusia pun hatta pada keluarga sendiri. Tia guna semua jenis laman sosial yang Tia tahu si Precious ini ada untuk menghubunginya dengan alasan yang alahai, remeh! Sajalah nak cari alsan itu ini, asalkan Tia dapat menghubungi Precious.
Sekarang? Mungkin tak kot Tia nak buat semua tu lagi. Cuma tulah. Tia rindulah pulak kat Precious ni. Mungkin bukan selalu rasa rindu itu terbit membuak untuk Precious cuma rasa itu ada. Macam bara api, walaupun tidak padam sepenuhnya, namun kepanasan itu masih ada dan apabila dikipas dengan bertujuan untuk menyemarakkan api tersebut, maka bara bukan lagi bara, ia akan menjadi api lah pulak. Untuk Tia, rasa rindu terhadap Precious masih kekal sebagai bara.
Hai Precious!
Tia buat pengakuan ni. Tia masih lagi ada rasa kasih untuk Precious. Tia tahu situasi kita tidak akan mungkin pernah untuk kita berdua rasai lagi. Tia dah boleh hadam yang kita berdua takkan pernah boleh untuk menjadi apa yang kita pernah jadi sebelum ini. Tia sekarang dah hidup dalam dunia realiti. Tia dah hadam frasa menyayangi tidak semestinya memiliki. Tapi, tak salahkan untuk Tia merindukan Precious? Ada masa, Tia rindu awak. Tia mengaku tu. Tia rindu awak, precious. Jangan risau, Tia tidak lagi mahu menagih kasih cuma aliran kasih ini akan selalu ada untuk awak. mana mungkin Tia tegar untuk membenci awak.
Live well, Precious!
~okay, i'm off~
No comments:
Post a Comment