ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
#Awas! ini entri panjang.#
Dia, si penyempurna.
Hadir dia si manusia penyempurna memberikan satu kesan yang sampai akhir masa pun takkan pernah hilang. Kesan apa? Kesan sayang-terlebih-tak reti-nak-move on.
Dia, si penyempurna.
Manusia yang tetap utuh berdiri di sebelah, memegang erat tangan sehingga timbul rasa sayang tidak terhingga terhadap dirinya. Penyebab dia disayangi dengan sesungguhnya.
Jadi, siapa si penyempurna tu?
Mudah! dia manusia yang pertama kali dijumpai ketika diriku telah sah menjadi seorang pelajar ijazah sarjana muda di sebuah institusi tempatan di Malaysia ini. Manusia itu tidaklah aku kenali sebelum ini namun dia merupakan teman pertama yang aku kenal setelah menjejakkan kaki ke insitusi itu dan dia kawan yang sampai sekarang masih melekat dengan aku walau jarak memisahkan kami. Si penyempurna itu memanglah jenis terlampau jujur dan kadangkala katanya tersangatlah bisa. Mampu bikin manusia sekelilingnya sentap menusuk kalbu. Namun aku tetap mengasihi dan masih degil untuk terus berteman dengannya sedangkan dia? seperti tidak kisah jika aku mahu untuk terus melangkah keluar dari hidupnya.
Siapa kata air tenang tiada buaya? Siapa kata manusia berperawakan tenang dan sukar menelah isi hatinya ini tidak reti untuk marah? Kami pernah bergaduh, saling sentap, saling terasa dan saling menyakiti hati masing masing. Namun entah mengapa pada akhir waktu, dia juga manusia yang paling aku rindu dan aku mahu dalam hidup aku. Dia juga lah manusia yang pada akhirnya aku cari dan hanya dia manusia yang mampu buatkan aku berusaha untuk membetulkan kembali hubungan apabila retaknya mula kelihatan. Hati ini, mahu dia, seolah perjalanan diriku sebagai seorang pelajar universiti tidak akan pernah lengkap tanpa dirinya.
Si penyempurna itu biasa sahaja manusianya. Tidak punya apa kelebihan pun, malah tingkah laku kami tersangat beza antara satu sama lain. Aku peluah rasa dan dia si pemendam setiap kata. Namun aku masih tetap mahukan dia untuk menjadi sebahagian dari hidup aku. Aku masih tetap mahukan dia untuk terus tetap dalam dunia kecil aku. Istimewa dia dalam hidup aku adalah kerana dirinya yang ikhlas untuk bersahabat dengan aku dan ikhlas menerima setiap kekurangan dalam diri aku. Aku berkelakuuan seperti manusia paling bodoh pun dia masih tetap setia untuk menjadi temanku. Istimewa bukan? ohh, dia sememangnya si penyempurna. Sempurna untuk aku.
Kau tahu? Dia istimewa! Dia adalah si penyempurna aku.
Sebabnya? dia ada saat yang lain menjauhi dari aku. Aku tahu aku bukanlah manusia yang berterusan mempamerkan perilaku mulia. Aku manusia keji yang tidak pernah lepas untuk melakukan jutaan kesalahan setiap hari. Tetapi! si penyempurna itu masih tetap disitu dan tidak pernah berganjak dari tempat dia bersemayam. Dia masih sanggup untuk memegang erat tangan manusia keji ini dan menunggu sehingga air mata si keji ini kering. Dia tetap setia untuk meminjamkan telinganya menadah setiap cerita yang sama berulang kali. Dia mungkin bosan tetapi dia masih tetap disitu dan terus menemani. Dia si penyempurna.
Dia manusia yang Allah turunkan untuk aku sebagai hadiah paling istimewa dalam hidup aku. Kehadiran dia dalam hidup aku banyak mengajarkan aku untuk terus berdiri atas kaki sendiri. Dia banyak menyedarkan aku untuk memerhati dan menilai ragam manusia dari pelbagai sudut. Entahlah. Dalam banyak manusia yang berada disekeliling aku, dia antara manusia yang peka akan perubahan dalam diri aku. Mungkin bukan dari segi luaran. Dia si penyempurna.
Dia manusia sempurna. Sempurnakan hari hari aku. Dia menerima diri ini dengan apa ada. Dia si penyempurna. Kerana apa? kerana dia telah menyempurnakan hari hari aku selama aku bergelar seorang pelajar di institusi itu. Hari aku, hidup aku sempurna dengan kehadiran dia dan aku tidak tahu apa kan jadi kalau dia pergi menghilang secara tiba tiba tanpa khabar berita.
Hai si penyempurna, terima kasih kerana menyempurnakan hari hari aku selama ini. kau akan sentiasa berada dihati dan terus kekal selamanya disitu. Terima kasih kerana menerima diri ini apa ada walau kita berdua sangat berbeza dari pelbagai sudut. Untuk setiap hariku yang dihiasi dengan senyum dan gelak tawa, terima kasih. Untuk setiap kata semangat saat aku hilang kosong tanpa punya apapun untuk aku berpaut, terima kasih. Kau si penyempurna, sempurnakan hari hari aku.
Kau si penyempurna dan aku rindukan kau, Najuha.
P/s: Sambil menaip sambil punya mata berkaca.
~okay, i'm off~
No comments:
Post a Comment