Terima kasih manusia.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Aku bukan kau. Sekian,#

Lain manusia, lain ragam, lain kisah, lain ceritera.
Lain manusia, lain masalah, lain pemikiran, lain solusi pertikaian.

Ada manusia gelar aku pengungkit cerita.
Mengenang memori lama yang patutnya debunya hilang bersama dengan tiupan angin.

Ada manusia gelar aku penyimpan harapan.
Menunggu kasih tidak kesampaian yang kononnya pernah aku lontar jauh tidak kelihatan.

Ada manusia gelar aku budak.
Membuat keputusan berpandukan rasa hati tanpa mengambil peduli kewaran akal fikiran.

Ada manusia gelar aku talam dua muka.
Mempunyai kelakuan berbeza apabila ketemu denga orang yang berbeza. Kau bukan diri kau! katenya.

Gelaran manusia pada aku kadangkala berjaya buat aku menjadi manusia hilang arah tujuan. Seolah lupa jati diri yang akhirnya segala macam jenis pemikiran mula menemani dan bersahabat dengan diri.
Mereka manusia berjaya buat aku berkelakuan seperti apa yang mereka mahu. Merubah segala macam jenis tabiat kebiasaan untuk berdiri sama taraf dengan mereka. Aku? kelemasan seorang diri, terkapai mencari solusi tanpa teman disisi. Teman mana? mereka menjadikan aku malu untuk berhadapan dengan temanku sendiri. Alasan? mudah! Mereka penyebab aku berfikiran aku patut bersendirian. Segala masalah perlu diselesaikan dengan cara tersendiri tanpa perlu menyusah yang lain. Keputusan? Aku jadi pemurung untuk seketika waktu. Segala keyakinan diri hancur lebur dan kini aku merangkak mencarinya semula, mencantum supaya aku mampu untuk meneruskan langkah. Tahniah!

Hai manusia,
Terima kasih untuk setiap gelaran.
Terima kasih untuk setiap ujian.
Aku kini bangkit bersama senyuman.
Terima kasih kerana menjadikan aku kuat tanpa menelan sebarang ubat.

Kau manusia baik hati, tegar menjadikan aku sebegini. Pemberi segala macam rasa untuk aku rasai sebelum aku menutup tirai ini. Jangan mencari setelah aku mampu untuk teruskan hidup tanpa kau disisi. Jangan kembali setelah aku berjaya cantumkan kembali setiap diri yang dulunya hilang sukar dicari. 

Aku bahagia dengan dunia ciptaan sendiri.
Dunia baru yang cukup serba serbi walau indahnya tidak seperti dulu lagi.

Aku senyum dan senyum ini kekal. Titik.

P/s: Ada satu rindu yang perlu aku asidkan ia supaya tidak lagi muncul dalam hati.


~okay, i'm off~

No comments:

Post a Comment