Kedai buku.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Kedai buku itu telah menjadi tempat tinggalan sejarah.#

Orang kata, tutup buku lama buka buku baru.
Aku cakap, bakar buku lama, beli buku baru.

Semalam, aku ada berjumpa dengan satu kedai buku.
Kedai buku itu pernah menjadi tempat kegemaran aku.
Dalam erti kata lain, kedai buku itu telah menjadi sebahagian daripada hidup aku.
Setiap kali aku mahu pulang ke rumah, langkah aku selalu melencong untuk pergi ke kedai buku itu.
Perasaan aku pula sentiasa berlagu riang.
Senyuman langsung tidak lekang dari pipi sampai naik tegang muka aku asyik senyum.
Aku sentiasa mahu untuk berjumpa dengan tuan punya kedai buku itu.

Hari ini, kedai buku yang aku selalu kunjungi itu tidak lagi menjadi tempat 
kegemaran aku lagi.
Aku tidak lagi berhasrat untuk membeli buku di dalam kedai itu.
Aku tidak lagi mahu untuk berjumpa dengan tuan kedai buku itu.
Aku tidak lagi berminat untuk mencari koleksi baru didalam kedai itu.
Aku perlu untuk mencari kedai buku lain.
Penghabisan cerita, rumah menjadi tempat bersemayam indah aku.
Setiap kali habis segala urusan, aku tidak lagi berniat untuk melencong untuk pergi ke kedai buku itu.

Kedai buku yang selalu aku kunjungi itu telah menjadi tempat tinggalan sejarah.
Tinggalan sejarah yang banyak membawa tragedi sedih.
Tragedi sedih yang tidak hanya datang sekali tetapi berkali kali.
Berkali kali aku cuba untuk pujuk diri bahawa ini ujian dari Ilahi.
Alhamdulillah, si Dia langsung tidak pernah mengalihkan perhatianNya dari aku.
Hasilnya, aku mampu untuk terus bergerak kehadapan walau
sekadar mampu untuk merangkak.

Hai tuan kedai.
Tolong jangan cari aku untuk promosikan buku kau lagi.
Kini aku tidak lagi berkeinginan untuk membeli mahupun untuk
mengunjungi kedai buku kau lagi.
Aku mengaku kedai buku kau simpan banyak memori manis indah.
Sehingga kini aku masih belum temui kedai buku yang hebat seperti kedai buku kau.
Namun coretan kau buat aku terpana, terduduk terdiam. 
Kaku tanpa sebarang suara. 

Seperti mana masa yang tidak akan pernah berhenti sebelum bateri belum mati.
Seperti mana denyutan nadi yang belum tiba masa untuk ditarik oleh Pembantu Ilahi.
Seperti itu aku akan terus berdiri di sini.
Kerana aku tahu aku tidak berseorang diri.

Kedai buku itu tidak lagi aku kunjungi.
Terima kasih untuk semua kenangan yang kau beri.

P/s: New semester. New story. May Allah ease. Bismillahirrahmanirrahim.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment