Tentang rasa

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Yang baru tidak akan muncul jika yang lama tidak wujud.#

'Forget the past.'
'Let bygone be bygone.'
Simple, mudah, senang. Ayat penyedap rasa, ayat penaik semangat, ayat untuk menjadi kuat.
Bukan senang untuk melupakan kisah lampau yang adakalanya setiap detik yang dilalui penuh dengan kisah duka, diselubungi dengan ceritera yang meninggalkan luka yang paling dalam.

Aku manusia tegar. 
Manusia yang masih lena dalam kenangan silam,
manusia yang degil untuk menerima perkara yang mendatang.

Aku manusia penuh sifat tamak.
Masih mahu menyimpan memori lama.
Memori yang pahit. Memori yang bisa menoreh kembali luka yang sudahpun berparut. Memori yang bisa mengingatkan kembali kesakitan yang pernah dialami.
Aku mahu untuk terus menganyam impian yang kononnya indah. Menidak apa yang ada, bermimpi untuk bersama dengan perkara yang mustahil. 

Aku manusia yang sangat bahaya.
Jangan dekati diriku jika tidak mahu menjadi mangsa untuk setiap bisa yang mampu untuk membunuh dengan cara yang paling kejam.
Setiap racun yang aku ada punya bisa yang tiada penawarnya.
Lari! kerana aku bakal  membunuh dari setiap segi. Menghancurkan seolah tidak mengerti apa itu belas kasihan atau sifat berperikemanusiaan.

Hargai apa yang ada sebelum semuanya ditarik. Sayangi apa yang berada disekeliling sebelum semuanya hilang dalam sekelip mata. Sakit yang paling sakit adalah apabila kita kehilangan sesuatu yang pada awalnya dianggap remeh dan kita tidak mampu untuk menggapainya kembali. Kenangan dan nostalgia yang bakal menjadi teman setia tanpa punya memori indah yang tiada tanding. Senang cakap, susah buat bukan? Itu aku!

P/s: Awal muharam: Permulaan sebuah kisah. Permulaan satu perjalanan.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment