sincerely,Me

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

## Don't bring the past to this current situation. Let bygone be bygone.##

Awak, 
Permasalahan yang ada itu bukan untuk membebankan hambaNya. Bukan sebab Yang Maha Esa benci pada hambaNya tetapi adalah sebagai satu terapi diri yang mampu untuk menjadikan diri kita seperti bayi yang baru lahir daripada perut ibunya. Kerana apabila kita ditimpa masalah, kita akan kembali mengharap bantuan DIA, tadah tangan, tangis teresak, terasa keinsafan diri mula meresapi hati dan akhirnya memperbetulkan kesilapan sendiri.

Awak, 
Berat atau tidak masalah itu bergantung kepada cara kita merespon kepada permasalahan itu. Andai rumit jalan penyelesaian yang kita pilih, maka sulit jugalah permasalahan yang kita lalui. Allah sayang hambaNya, sebab itu masalah dan ujian itu datang pada kita. Mahu setiap hambaNya kembali mengharap bantuan dariNya, mengakui segala kelemahan diri dan memperbetulkan apa yang salah supaya manusia mampu untuk   terus bangkit dan berjuang. Supaya manusia mampu untk menilai dunia dari sudut yang berbeza.

Awak, 
Jangan sesekali lemah apabila diri ditimpa masalah dan ujian. Setiap yang mendatang itu pasti ada hikmah dan rahsia indah disebaliknya yang hanya diketahui oleh Pencipta alam semesta. Jangan pernah jemu untuk meminta, merayu dan merintih dan  meluahkan segala yang terbuku dihati kepadaNya. Percayalah DIA tidak pernah jemu untuk mendengar segala rintihan kita.

Awak, 
Andai kita tidak memiliki apa yang kita harapkan dalam hidup ini, tolong jangan mudah berputus asa. Mungkin ini bukan masanya untuk kita merasa senang atau mungkin ada bahana yang menanti kalau kita dapat apa yang kita idam buat masa sekarang, mungkin juga si Pemilik hati rindu dengan rintihan kita. Sabar dan sabar! Akan ada sesuatu yang hebat menantimu pada masa akan datang. DIA mahu mempersiapkan diri kita untuk menerima sesuatu yang hebat itu, sebab itu kita ditimpa dgn ujian dan masalah. 

Awak, 
Apa pun yang berlaku, kembalilah pada Yang Esa. Sesungguhnya DIA sentiasa memerhatikanmu dan tidak pernah meninggalkanmu,setia berada disisimu dalam setiap keadaan dan situasi yang kamu lalui. Jangan merendahkan diri sendiri kalau kita gagal meraih kejayaan dan jangan terlampau berbangga kalau kita berada di atas. Ingatlah berada di puncak atau hanya bertapak di atas tanah itu ada ujian yang tersendiri. Jangan berbangga jangan berduka. Semuanya pasti punya peluang untuk menerima kebahagiaan setelah menempuhi kesedihan. 

~ Terus maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang. Kalau masih berdegil, tolehlah dan kutip segala kesilapan untuk dibetulkan pada masa akan datang.
~ Kepada adik adik yang kurang berjaya dalam SPM jangan risau, masih ada kejayaan lain yang masih mampu untuk adik kecapi, tolong jangan pernah untuk berputus asa! dan pada mereka yang berjaya, Alhamdulillah dan tahniah. Nikmatilah hari bahagia anda. (=

fullmoonsky.deviantart.com

P/s: Alhamdulillah, kehadiran teman disisi, mengusir duka dalam sanubari.
Keindahan ciptaan Ilahi mengundang diri untuk terus menghambakan diri kepada si Pemilik hati.

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment