Pendek

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

## Sepotong ayat, sebaris kata, simple but hurt. ##

Cuti semester sudah bermula walaupun hanya 2 minggu tapi tetap cuti! Masuk U balik ak dah officially 21 tahunlah. Sekejap jer masa tu berlalu, tup2 dah naik banyak angka dah umur nie. Sedar atau tidak, peredaran masa banyak mebgubah seseorang itu samada fizikal mahupun mental. Mungkin fizikal tampak cantik dan semakin cantik atau nampak matang mungkin dan pemikiran pula tampak bertamadun sikit dari yang lepas2. hee. Mungkin perangai keanak anakan itu masih melekat tapi seiring dgn peningkatan usia, kita mampu untuk menyeimbanginya dgn baik atau mungkin tidak? makin teruk mungkin? 
Tahun baru, diri baru, mungkin juga personaliti yang baru.

Pendek.
Dalam pemikiran semua, pendek itu adalah ukuran untuk ketinggian. Namun pada pandangan ak, pendek boleh digunakan dalam pelbagai jenis bnda.

Ak pendek dalam membuat penilaian.
Sebab tu ak mudah untuk percaya org mungkin? ak cepat untuk mengata yang bukan2 pd org sdgkan ak tidak kenal dia dgn sepenuhnya. Ak khilaf.


Aku pendek dalam percaturan.
Sebab itu ak dgn begitu mudah melontarkan ketidakpuasan hati samada melalui mimik muka mahupun gaya percakapan dan ohh cara penulisan ak juga memain peranan. Ak salah, ak tahu. Ak bertindak berdasarkan emosi bukan secara rasional.

Aku pendek dalam membuat perhitungan.
Sebab tu kadang2 ak rasa macam ak nie useless. Orang bertanya soalan,meminta ak untuk memberikan jawapan yang bernas tapi ak x mampu melakukan semua itu. Ak diam dan terus diam dan apabila idea dah dtg, tup2 org lain dah bagi tau jwpnnya. Hampanya takpayah nak ceritalah kan. Maaf.

Ak bersyukur sbb masih punya teman yang sntiasa menyokong dari belakang, x tinggal ak terkontang kanting. Ak bertuah sbb mereka masih disisi menemani ak untuk meneruskan perjuangan. Sesungguhnya ak bukan berseorangan. Alhamdulillah. Ak terharu sbb ak masih punya sahabat yang sentiasa menyokong ak dari belakang, menegur setiap kesalahan ak dgn cara yang betul, memberikan nasihat dgn susunan ayat yang indah dan menunjukkan budi pekerti yang amat ak senangi. Ak tahu ak tidak sebaik mana, ak tahu. Sbb tu ak cuba untuk menjadi baik tp bukan untuk ditunjukkan dekat satu dunia yg ak dah baik tp untuk kepuasan diri sendiri,agar dapat keredhaan Ilahi. Keluarga? ohh mereka dihati yg tidak pernah hilang kasih sayangnya terhadap ak. Ak tahu mereka tidak akan pernah untuk meninggalkanku.

Terima kasih kerana masih sudi berdampingan dgn diri ini. Menerima setiap kekurangan berkongsi setiap kedukaan. Ak mungkin mampu untuk bernafas tanpa teman disisi namun ak tak yakin ak kuat untuk menjalani hidup ini. Terima kasih kerana tidak meninggalkan ak keseorangan meniti liku kehidupan. 

~Kadang2,bahasa mencerminkan siapa kita walau kita tidak mengenalinya.
~Ak seringkali membuat kesilapan samada secara sedar atau tidak. Maaf.
~Simple sentence can change ur day.

P/s: Happy holiday uolls! Meet again after 2 weeks!

~okay,i'm off~

1 comment: