Time, tiktok

ASSALAMUALAKUM WARAHMATULLAH

## Days, months or years are not the reason why I know you as part of my life.##

Students, times up! no more writing and please close your answer booklet immediately. Please wait for the invigilator to collect your sheet. Students, you may leave the hall now. Keluar dewan, mcm2 cerita yang keluar. Ada yang kata senang, ad pula yang kata susah, ad setengah tu x tahu nk cakap ap. Speechless la katekan... x tau susah atau senang, yang penting dia jawab dan yang lain semua dia tawakkal. 

Dia tahu, dia dah buat yang terbaik. Kalau keputusan yang dia dapat bagus, alhamdulillah, kalau tidak pun alhamdulillah. Bukan happy sebab gagal or repeat another paper tp mungkin dia beranggapan dia masih berpeluang untuk belajar semula subjek yang sama dengan lebih mendalam. Mana tahu ilmu yang dia dapat kemudian hari lebih baik dari apa yang dia dah muntahkan atas examination paper tu. Mana tahu keputusan yang dia peroleh lebih bagus dari apa yang bakal dia dapat nanti kan. Mungkin dia sedih, tidak, mmg dia sedih tapi sampai bila nak hidup dalam kesedihan? Mungkin kawan2 dia yang lain berfikiran dia akan ketinggalan satu langkah ke belakang berbanding kawan2 dia yang lain. Tapi x semestinya dia tidak boleh melangkah semula kehadapan kan? Dia mampu, cuma nak atau tidak je.

Sedih itu lumrah,menangis itu bukan tanda lemah. Tangisan itu sangat istimewa sebab mampu untuk melegakan insan. Mungkin air mata yang keluar tanda dia gembira, ada pula yang sedih tapi x hairan kalau air mata itu keluar tanda dia buntu,x tahu mana jalan keluar yang terbaik untuk dipilih. Tapi jangan selamanya menangis dan meratap sebabnya hidup ini masih ada banyak perkara yang mampu membuatkan kita gembira dan tersenyum. Ouh ye, dalam sebuah lagu nasyid ada ckp "Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali". So? senyum! itu yang terbaik. InsyaAllah, usaha, doa dan tawakkal, itu kunci kejayaan bagi setiap muslim (=

Walaupun dia pernah jatuh, tersungkur atau mungkin juga tergolek namun x semestinya dia x mampu untuk menjadi pesaing yang hebat kepada kawan dia kan. Mana tahu, kegagalan yang dia peroleh mampu untuk menjadikan dia seorang manusia yang berjaya malah mungkin lebih berjaya dari kawan dia. Bukan kah setiap kejayaan itu bermula dengan kegagalan???jadi x salah kalau gagal tapi sangat2 salah kalau x tahu atau x reti2 nak bangun bila dah tahu diri tu gagal. Kalau bukan dia yang bangunkan diri dia, siapa lagi. Yang penting sekarang, dia perlu berdoa pada Yang Esa agar segalanya berjalan dengan lancar dan dia mampu mendengar berita baik. 

Ok, stop! I do want to share something here. Perkenalan yang akhirnya membentuk sebuah ikatan. Ada orang cakap kita kenal orang sebab kita dah lama kenal dia. Setengah yang bercerita, walaupun bertahun kita berkawan tapi masih tidak mampu untuk mengenalinya. So, time is not the determinant to get know our friend closer or make the friendship even better. Tetapi sebenarnya the moment yang kita luangkan bersama kawan kita tu lah yang sebenarnya membolehkan kita untuk mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat dan jelas. Kiranya macam semakin banyak masa kita meluangkan masa bersama dengan kawan kita, semakin besarlah peluang untuk kita mengenali kawan kita itu dengan lebih mendalam. Acece mcm jawab soalan sains pulak kan .. hehe.. 

But! u've to know that a relationship is not based on how many years we befriend with them but how many moment do we spend for them. The moment when they are in upside down or the moment whenever they are in happy condition (=

 

Cuti panjang berkunjung tiba. Kenangan semalam bersama kamu, pahit manis, suka dan duka, tidak akan pernah ak lupa. Mungkin kita tidak akan bersua untuk jangka masa yang lama. Ak harap ak masih punya masa untuk kembali bersua dengannya (=

Masa yang diberi itu bukan sahaja untuk mengenali tapi untuk menikmati ciptaan Yang Maha Esa. Ini tidak, merungut x habis2 kata masa x cukup padahal setiap manusia tu sama je masa yang ada, yang membezakan antara satu sama lain adalah cara kita mengendalikan masa itu.. Bukankah pepatah ada cakap  ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’  Jadinya, semua ini bergantung kepada kita sendiri. Macam mana kita handle masa kita. Sama ada kita menang atau kalah, kita sendiri yang pilih, bukan ketentuan,bukan takdir Tuhan tapi itu adalah pilihan.

Bkan itu je.. dalam Quran yang mulia juga ada mention pasal masa in chapter 103 verse 1-3 "By (the Token of) Time (through the ages), Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy."  Sebab tu, isikan masa itu dengan sebaiknya, semoga diberkati. 

Nak sedih lagi? erm, jgnla..


                                                                            

~Banyak perkara yang mampu untuk menggembirakanmu dari meratapi kesedihan semalam.
~Masa itu bukanlah penentu lama mana kita mengenali siapa pasangan kita tetapi sebanyak mana masa  yang telah kita luangkan bersama untuk saling mengenali.

P/s: Alhamdulillah, I manage to answer all papers during examination even though I don't know whether it's true or not and now waiting for my results. For those who not taking a short semester, happy holiday (= 

~okay,i'm off~

No comments:

Post a Comment