ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
##Bila hati mula bicara, persoalan mula merantai,berlegar seolah olah jalan pulang itu tiada sudahnya.##
At last, setelah sekian lama mendiamkan diri daripada mengepost entry dalam belog ini, tangan ini mula lincah untuk bermain dengan sang button berhuruf yang tersusun rapi ini. Otak nie pulak berselirat penuh dengan idea yang x sabar2 untuk dimuntahkan walaupun tidak seberapa namun cukup lega apabila diletakkan dalam satu entry yang sudah lama dibiarkan sepi. Mungkin sudah bersawang namun masih boleh digunakan. Sejak belakangan ini, banyak perkara yang datang bertimpa timpa. Benarlah kata Allah bahawasaNYA yang namanya Islam itu pasti diuji cuma yang membezakan seorang muslim dari muslim yang lain adalah melalui ketaqwaan mereka terhadap ALLAH, pencipta sekalian semesta.
Apabila dibicarakan soal hati. Banyak persoalan silih berganti. Menanti masa untuk dikaji dan diselidiki.
Namun sayang, tiada satu pun terlintas di minda ataupun di lubuk sanubari. Yang tinggal hanyalah satu permasalahan yang belum tentu dapat diselesai oleh manusia itu snediri. Lalu mereka tunduk melepaskan lelah, mengharapkan bantuan Ilahi.
Kadangkala, ak sendiri alpa. biasalah. Manusia itu mmg xkan terlepas dari lupa, melupakan dan melakukan kesilapan. Mungkin ak seorang yg susah nk lupakan org terutamanya mereka yang dekat ngan ak. Ak sentiasa ingat mereka2 nie walaupun mungkin ad yang melupakan, ak x salahkan mereka sebab ak juga ada buat sedemikian rupa. Ak buntu! Ak perlu cari jalan keluar dari segala permasalahan ini. Ternyata, Allah itu x pernah tinggalkan ak walaupun ak tidak selalu meningangatiNYA. Mohon ampun ak ya ALLAH.
Kini, ak tahu mana satu yang dikatakan insan, mana satu yang dikatakan manusia.
Kini ak mengerti apa itu maknanya kawan, apa itu sahabat, dan apa pula yang dikatakan rakan semata.
Allah, terima kasih, kerana tunjukkan ak semua ini, mengajar ak erti hidup, payahnya perjalanan yang perlu ak lalui ini dengan ujian yang telah Engkau turunkan untuk ak. Ak pasrah. Satu permintaanku, tolong kuatkan hati ak melalui semua ini dengan hati yang penuh redha. Kirimkan ak insan dan sahabat yang sentiasa ada untuk tunjukkan ak ke jalanMU dan berada denganku saat ak susah mahupun senang. Bantu ak untuk kuatkan lagi keimanan ak terhadapMU..
****Selingan2, b4 nie ad org tgo typo, dari word berselirat jadi berseliray. So, to my beloved corrector,
~ "(iaitu) orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan berzikir kepada Allah. Ketahuilah! Hanya dengan berzikir itu dapat menenangkan hati." (13:28)
~ Jangan pernah rasa diri tu berseorangan sebab sememangnya anda bukan bukan berseorangan, anda masih ada DIA untuk mengadu.
P/s: Seronok dapat meluangkan masa dengan kawan2 yang sememangnya tersangat open tp still follow the islamic law.. love u guys!!
~okay,i'm off~
No comments:
Post a Comment