cinta, kasih dan sayang

ASSAlAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

##Hidup itu indah jika cinta yang ditabur datang dari hati nan ikhlas. Kasih itu suci jika betul cara dan jalannya. Sayang itu bahagia andai kita mampu merasai nikmatnya. Pengorbanan,itu kunci pembuka semuanya.##

Si dia telah melangkah ke tahun yang baru yang pastinya memberi berjuta pengalaman yang mampu membentuk dirinya untuk menjadi seorang insan, bukan lagi manusia. Si dia juga tahu, ujian yang bakal mendatang makin susah untuk dilerai, makin kusut untuk dilonggarkan ikatannya.

Apabila kita berbicara mengenai hati. Kadangkala kita sendiri tidak tahu apa yang tersirat, apa yang tersurat. Kita mungkin mengetahuinya selepas kita kehilangan orang yang tersayang. Katanya, bila kita mula kehilangan sesuatu perkara, kita akan mula sedar bahawa itu sangat penting dalam hidup kita kerna kita tidak mampu untuk terus hidup tanpanya. Perasaan menyesal, serba salah menguasai diri hingga bertahun lamanya masih jua tidak mampu untuk menghapuskan rasa itu. Hargailah setiap perkara yang berada di sekeliling kita. Jangan pandang enteng akan sesuatu perkara. Namun, harus diingatkan , setiap yang berlaku ada hikmahnya, berbaik sangkalah pada Yang Esa.

Kadangkala hati itu lemah bila diduga dengan rasa cinta yang tidak berbalas. Hati itu sangat rapuh bila sayang yang diberi, cinta yang ditabur tidak mndapat balasan. Hati itu mula goyah apabila kita ditimnpa dengan ujian. Kembalilah... sesungguhnya Dia tidak pernah membencimu. Dia tidak pernah mahu membebankan kamu. Dia itu dekat selagi kita mengingatiNYA setiap detik, setiap saat. Jangan palingkan kiblatmu dariNYA. Jangan persoalkan setiap ujian yang menimpamu. Fella, do u know why ALLAH give u a thousands of problem? Firstly, ALLAH uses the problem to direct u then to inspect u, next to correct u then to protect u n lastly to perfect u . So fellas,please don't u ever turn ur faith toward Him. Cinta manusia kalau kita tidak mampu meraihnya, kita masih mampu untuk mencarinya tapi kalau kita hilang cinta YANG ESA? bagaimana nasib hidup kita?

Sayang itu bahagia kawan. Sebabnya, kita boleh memberi sayang itu pada semua. Sayang itu tidak perlukan balasan kerna sayang itu datang dari hati yang ikhlas. Jangan pernah membenci manusia. Ada orang menyatakan, jika kita membenci  seseorang, orang lain yang diluar sana akan turut membencimu. Seorang musuh jangan dilayan seperti musuh, tapi anggaplah seperti kawan, sebarkan senyuman, maniskan wajahmu.

~Sangat rugi pada mereka yang hanya mampu bercakap tapi gagal untuk melakukannya. Aku sendiri sedang berusaha untuk menjadi seorang hamba yang diredhai kehidupan olehNYA.~
~Kawan itu perlu! tapi harus diingatkan carilah kawan yang mampu untuk menegur setiap kesalahan yang telah kita lakukan, bukan mencari kawan yang membenarkan apa yang kita mahu lakukan.~
~Allah itu hebat! Dia mampu untuk palingkan hati hambanya dan Dia juga mampu untuk kembalikan hambaNYA ke jalan yang benar asal ada tekad yang kuat dalam diri manusia tersebut.~
~Maaf andai penulisan ini membosankan, sesungguhnya ini adalah pandangan dan pemerhatianku dalam sesuatu perkara.~

P/s : Waiting for my result .. Hopping for the best! Can't wait to further my study there at the end of this January.

~okay, i'm off~

No comments:

Post a Comment