Kata putus

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Hujan itu pembawa rahmat kan.#

Minggu ini minggu hujan.
Hujan pula, bukan calang calang punya hujan.
Hujan yang menyebabkan ramai kehilangan barang kesayangan mereka.
Hujan yang tidak semena mena menjadi tajuk bualan setiap orang.
Hujan yang menjadi tatapan khalayak ramai samada di kaca televisyen ataupun kedengaran di corong radio.

Minggu ini minggu hujan.
Hujan yang membasahi tempat aku seolah menyucikan semua yang ada dalam hati aku.
Hujan yang menuruni jatuh ke bumi seolah menarik keluar semua yang telah aku simpan selama ini.
Hujan yang berhari ini menyebabkan diri makin nekad lepaskan segala yang ada pergi.
Hujan yang disertai dengan dentuman guruh dan pancaran kilat menjadikan diri aku menjerit tidak semena mena. Terkejut sana, terkejut sini.

Penghabisan kata, hujan seolah menjadi satu medium untuk permulaan baru.
Seperti terbitnya pelangi setelah hujan.
Seperti itulah aku yang bakal menjadi baru setelah berenang dalam swimming pool yang sangat masin.
Seperti bumi yang segar setelah berhentinya hujan.
Seperti itulah aku yang mahu menjadi manusia setelah lama berada dalam alam zombi.

Pemikiran yang tidak pernah sama.
Pandangan yang dulunya tidak pernah dihiraukan kini menjadi tatapan yang paling indah.
Itu dulu.
Dulu sebelum hujan turun, datang berhari hari seolah memahami diri.
Hujan yang menarik semua keluar dari sisi hingga tiada baki.
Perjuangan perlu diteruskan.
Kisah lama perlu dikuburkan.
Maafkan diri atas setiap kesalahan.
Aku bangkit menongkah dunia bersama hati yang dicantum dengan plaster dan gam.
Jangan risau, aku masih mampu untuk melangkah dengan senyuman yang tidak akan pernah padam.

P/s: Terima kasih untuk yang ada disisi :')

~okay, i'm off~

Durian

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

# Durian- buah degil.#

Sabarnya tuanmu menantikan kehadiranmu.
Mengapa engkau masih belum mahu untuk ketemu?

Sabarnya tuanmu membelaimu, menahan sakit menyentuhmu.
Mengapa engkau masih juga berdegil untuk satu titik temu?

Gembiranya tuanmu saat melihatmu dalam dakapannya.
Mengapa engkau masih tegar untuk tidak bertemu dengannya?


Ini durian. Kisah durian. Ya, durian. Durian si raja buah, katanyalah. Durian yang dipennuhi duri tajam. Durian yang bilamana dijadikan santapan bakal menyebabkan badan menjadi panas sehingga berkeinginan untuk berendam dalam lautan ais. Durian yang boleh menjadikan orang belahak dua tiga empat lima enam kali dan baunya? Tak payah nak cakaplah betapa 'harumnya'.

Durian buah degil. Durian buah tiada perasaan.
Tegar biarkan tuannya menunggu dalam jangka masa yang lama.
Sanggup mengecewakan hari-hari tuannnya.
Masih tetap kaku berada diatas walau dia tahu betapa setianya si tuan menantikan kehadirannya dibawah.
Masih mahu mendongak langit sedangkan dia tahu betapa sakitnya badan si tuan membongkok tidak kira siang atau malam untuk mencari dirinya.

Tapi...
Durian buat macam tu sebab durian mahu berikan yang terbaik kepada tuannya.
Makin lama di atas, makin ranum buahnya. Makin sedap rasanya.
Mengapa perlu tergesa jika tahu durian pasti jua bertemu tanah, berada dalam pelukan tuan.
Durian tak lari. Durian cuma mahu berikan yang terbaik sebab si tuan setia dengan kerenah durian. 
Mogoklah macam mana pun, tuan tetap tunggu durian. Tuan tetap berlari mendapatkan durian.
Durian tajam macam mana pun, tuan tetap mahu pegang durian, belek durian dari setiap segi. Durian terharu :')
Tuan, 
Jangan tunggu jika tuan merasakan durian tersangatlah suka menyusahkan tuan.
Jangan dekati durian jika merasakan durian bakal menyakiti tuan, melukakan tuan.
Satu yang durian tahu, durian sayang tuan sebab tuan setia menjaga durian dari benih sampai ke pokok dan durian pun lahir.
Tuan,
Kita bakal bersua andai jodoh mengikat.
Durian bakal berada dalam genggaman tuan selamanya andai itu ketetapan Tuhan.

P/s: Tahniah adik untuk keputusan UPSR itu. I'm proud of you :')

~okay,i'm off~

Perjalanan baru

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

# " Andai kata lakonan tadi menjadi kenyataan, apa jawapan yang bakal kau sampaikan? "

Masa depan yang tiada pastinya,
manusia takut memulakan langkah pertama,
konon keputusan yang bakal dibuat bakal memusnahkan satu kehidupan.

Hidup itu dikatakan sebuah perjudian.
Percaturan yang memerlukan keberanian untuk meneruskan satu permainan.
Andai kata menang, hidup tiada sengsara, bahagia sepanjang masa.
Andai kata kalah, hidup bakal berubah, konon diri bakal ditemani dengan luka yang tidak sudah sudah.

Berani bergerak ke hadapan. Apa guna kawan kalau hadirnya cuma mendatangkan rawan? Kawan didatangkan untuk memberi pertolongan walau usahanya tampak kecilan. 
Berani menerima kenyataan walau pahit terpaksa ditelan. Ketakutan yang tiada asas perlu dilontar sehingga tidak kelihatan. Baru hidup sentiasa aman walau hati sentiasa gelisah tiada kesudahan. Biarkan senyuman sentiasa menjadi peneman agar diri sentiasa tampak manis penuh keserian.

Awal muharam: Titik permulaan untuk satu perjalanan yang panjang. Perjalanan yang tidak diketahui cabaran yang bakal ditmpuh. Jangan gusar kerana kita tidak keseorangan. Teman dan keluarga, orang yang boleh kita bergantung harap. Hey, apa guna Sang pencipta teman dan keluarga,si Dia yang memegang segenap hati manusia? Pintalah bantuan dariNYA. Merayulah untuk diberi jalan penyelesaian dariNYA. 
Kita manusia lemah. Seorang yang lemah memerlukan kekuatan untuk terus bangkit menempuhi segalanya dan kekuatan itu adalah Dia, Allah yang Esa. Untuk mencari kekuatan, carilah Dia, insyaAllah, Dia bakal menguatkan dirimu. Itu adalah kekuatan yang unggul, tiada cela.

Tekad ke arah perubahan, insyaAllah. Tiada pengharapan. Hanya sebaris doa yang mampu untk disampaikan.
Kalau itu adalah yang terbaik. Kalau itu adalah ciptaan terindah untukku. Kalau itu adalah hadiah yang Allah beri padaku, aku terima.
Bantu aku untuk mengusir pemikiran yang tiada asas.
Ajari aku untuk menerima dengan hati yang penuh dengan rasa ikhlas.               


P/s: 5/11/13- Kemensah Celi chalet. Thanks for the day^^
All the best to Spm candidates' ;)

~okay,i'm off~