Manusia dari langit

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH


#Terima kasih itu bukan hanya sekadar ungkapan kosong#

Manusia yang datangnya dari langit ini adalah sesuatu yang tersangatlah jarang berlaku. Sebabnya mudah, tak semua akan mahu untuk bersama kau secara tiba tiba dan menyudahkan apa yang telah tertangguh. Menjadi daya penolak untuk kau terus mara ke hadapan. Menjadi penggerak untuk melakukan sesuatu. Bertindak sebagai ketua tanpa sekadar memberikan arahan semata. Kau dihadirkan untuk memudahkan urusan mereka yang berada dalam kesusahan. Kau didatangkan sebagai peneman dikala mereka sendiri tidak berteman. Akhirnya mereka sedar bahawa bunyi derapan langkah itu bukan hanya datangnya dari mereka terapi juga daripada kamu yang tidak lelah menghulurkan bantuan.

Ini tinta pengharagaan untuk dia, manusia dari langit.

Tiada kata kata sempurna yang mampu aku susun untuk menyatakan bahawa beruntungnya aku punya kamu disaat aku dibelenggu masalah yang bisa membuatku murung tiada daya. Kau penggerak untuk segalanya. Kau peneman tanpa pemanis kata. Kau pembakar semangat untuk terus maju kehadapan. Entah kenapa kau yang dihadiahkan oleh Maha Esa untuk membantuku saat aku buntu dan tiba di saat akhir. Entah apa jadilah pada diri ini jika engkau tiada.

Ya, aku tahu, aku ada Allah. Aku ada Allah untuk membantuku. Aku ada Allah yang boleh aku bergantung harap. Aku ada Allah yang sentiasa menjadi pendengar seria setiap bicara luahan perasaan aku. Aku ada Allah yang sentiasa memahami setiap gelora jiwa aku tanpa aku menuturkanya. dan aku juga tahu bahawa Allah datangkan dirinya untuk bersama aku menghadapi masalah itu. Benar apa yang telah diajarkan.

"Sesungguhnya setiap kesukaranm itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan."
(Al-Insyirah: 4-5)

Yang Maha Esa itu tidak akan sekali kali membiarkan hambaNya mengharungi setiap ujian itu seorang diri. Dia kan sudah berjanji tidak akan timpakan setiap ujian itu melebihi kekuatan daya yang dimiliki oleh hambaNya. Aku tersenyum, yakin dan percaya bahawa Allah itu tersangatlah  sempurna dan segala macam bentuk kesempurnaan itu adalah milikNya sahaja.

Terima kasih Allah kerana datangkan dia untuk menemani aku menempuh ujianMu. Terima kasih juga kerana membuatkan aku yakin dan percaya dan aku akan pegang untuk dijadikan salah satu prinsip kehidupan aku bahawa

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya"
(Al-Baqarah:286)

Akhir kata, terima kasih Allah kerana tidak membiarkan aku terkapai seorang diri meniti hari yang sukar itu. Terima kasih betord kerana membantu aku menguruskan hal yang satu itu. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikanmu.

Durjana

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Ditujukan untuk durjana dan kawan baiknya#

Hai durjana! 
Nak tanya, seronok tak sakitkan hati manusia lain? Manalah tahu kan awak dapat kepuasan selepas melakukan hal yang sedemikian kan. Eh, tak marah lah. Tak marah pun. Tak berdendam. Tak baik kan semua tu. Tapi tu lah pengakhiran yang teruk lah. Kenapa dalam banyak banyak cara, cara itu juga yang awak buat ya? 
Nak tanya lagi, memang selama ini jenis memerhati dan tak pernah terfikir ya untuk menamatkan satu kisah itu dengan cara yang baik? Ya lah, permulaan kisah itu sangat baik, konon saling memahami antara satu sama lain, konon boleh lah nak menerima baik buruk seseorang itu, terima seadanya tapi alih alih bila kisah itu sudah temu titik akhir, bermacam cerita buruk terkeluar. Tak sangka pula ya ada benda yang tak mampu diterima dengan baik oleh sang hati. Namun itulah, persoalannya, kenapa ya tidak diutarakan semua itu semasa keadaan baik dan masing masing tak jumpa dengan konflik yang memecahbelahkan sesuatu perkara itu.
Oh, satu lagi nak tanya, memang awak tak pernah percaya pada perubahan seseorang manusia ya? Mungkin dengan hanya melihat perilaku seseorang itu secara luaran sahaja awak sudah boleh melihat masa depannya yang seolah tidak punya ruang untuk melakukan perubahan? Wow! Mungkin peluang kedua itu tidak boleh dimiliki sebarangan orang. Ya lah. Mahal kot peluang kedua tu. Yang pertama pun disia-siakan macam tu je. Konon sudah ditegur berulang kali, diberi lebih dari satu peluang dan masa untuk melakukan perubahan masih juga berada di takuk yang sama. Akhirnya timbul sudah rasa malas dan buatlah perangai itu ini. Tapi itu lah, tak boleh juga nak salahkan awak, sebab hati manusia kan, mana pernah berada di tempat yang sama. Kononlah cakap diri masih sama, tapi awak sedar tak hati tu setiap saat ada perubahannya. Sedar atau tidak je.

Hai kawan baik durjana!
Tak cakap banyak pun, cuma nak sangat tau siapakah gerangannya yang sangat setia untuk mengorek setiap kisah antara dua belah pihak. Yalah, setiap benda terperinci kot digalinya. Terkejut betul rasa. macam eh, ada juga orang yang sudi membaca setiap perkara yang dicoretkan dan dengan setianya mengikuti setiap kisah untuk dijadikan bahan untuk bercerita. Almaklumlah, katanya benda dah berlaku 3 tahun lepas dan sepatutnya biarlah sebelah pihak sahaja yang terhegeh mencari dan menunggu dan meroyan entah macam apa je. hiks! Lepas benda buruk jadi, macam wow! ada ya orang yang setia mengkuti kisah yang hidup segan mati tidak mahu itu selama 3 tahun. Macam, ehem, ada peminat setia rupanya. Kenapa tidak muncul saja ya? Ya lah. Senang untuk terus bersemuka dan lerai setiap kisah. Tak perlu lah sampai nak main sorok sorok. Sampai sekarang pula tu! Malu ya. :p

Akhir cerita, terima kasih ya Durjana atas setiap kenangan yang diberikan. Baik ke buruk ke, tak kesahlah. Terima kasih. Terima kasih juga sebab datang dalam hidup manusia yang srkarang ini sudahpun mendapat kaki untuk berterusan berlari dan tidak akan sekali jatuh hanya kerana malu untuk menyuarakan pendapat. Mungkin dulu si Durjana ini lah yang menjadi salah satu sumber semangat untuk berterusan berdiri dan letak yakin pada diri untuk berterusan melangkah dan akhirnya mampu untuk berdiri. Ya lah. Dulu nak berdiri pun, menggeletar habis satu badan. Sekarang dah boleh berlari. Hiks! Jangan risau. Tak marah. Tak benci cuma terkilan sebab akhirnya sebuah kisah itu tak secantik yang diimpikan. Bukanlah mengharapkan sesuatu yang positif, cuma biarlah akhir cerita itu tidak meninggalkan rasa ralat dalam hati tapi tak payah risau, sekejap je. Esok lusa tulat insyaAllah okay. Kawan durjana pun satu, nanti janganlah main sorok sorok lagi kalau awak jumpa situasi yang sama lagi pada masa akan datang. Apa kata selesaikan secara berdepan, jumpa, bincang. Jangan bawa mulut sana sini. Bahaya. Cerita yang elok jadi buruk pula sebab banyak sangat tokok tambah disana sini. Opps. Mungkin bukan awak yang menjaja cerita sana sini. Hanya mereka yang berada dalam situasi itu sahaja. Awak tidak terlibat langsung. Ishk, tak baik betul kan menuduh? 

Untuk aku pula, sudah sudah lah ya hidup dalam kenangan lapuk tu. Kisah si Durjana akhirnya sudah temu titik akhir, Yeayyyy!

P/s: Si durjana yang akan selamanya dikenang sebagai kenangan terindah. Hanya kenangan :')

❤Thursdate ❤

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

#Bakal Dr.#

Orang kata, kalau meluah dengan menggunakan bahasa sendiri, iaitu bahasa pertuturan harian, mesej yang cuba disampaikan akan dapat diterima dengan baik. Yalah, perkataan datang dari hati, maka ke hati jualah mesej itu sampai bukan?

Meh sini nak bercerita. Eh. Jangan risau. Ini entri ringkas dan pendek dan insyaAllah tak ambil masa lama pun nak baca dan hadam. Kalau terambil masa lama, mohon halalkan lah lebihan masa itu ya. InsyaAllah dapatlah tu pahala walau tak nampak dengan mata kasar kan.

Khamis. Ya khamis. 
Khamis yang entah tiba tiba menjadi satu hari yang sangat indah. Hari yang entah tiba tiba ditunggu setiap minggu. Ya lah, selain daripada pengakhiran minggu belajar yang MasyaAllah agaklah peritnya, ianya juga merupakan hari ehem, ditunggu si hati. Ya. Hati. Hmm, bakal Dr. lagi. Eh.

Tapi tulah. Hati ni kadangkala tingkahnya tak pernah nak sehaluan dengan akal fikiran. Jenuhlah dimarah apa semua, masih juga berdegil. Hasilnya? hati itu masih jua ternanti tibanya hari Khamis. Seronok! Berbunga rasa hati. Ya lah, hati dapat teman katanya. Entah kekal entah tidak. Entah jadi, entahkan tidak. Maklumlah baru lagi.

Makanya, tidak kiralah apa yang jadi pada hari Khamis itu atau siapapun teman si hati itu, tak salah rasanya untuk jadikan hari dan teman itu salah satu penyebab untuk berterusan mengukir senyuman dan merasa gembira kan? Angau? Alah. takkan kena angau baru nak merasa gembira. Jangan risau, tak siapa pun nak melarang. Kebahagian itu kita yang cipta dan gembira itu kita yang rasa. Akhir sekali, jomlah tunggu Khamis yang menggembirakan si hati tu. hiks!


~okay, im off~